top of page

HAN BYUL TONJOL KEBOLEHAN LUAR BIASA BIG STAGE 2019 MINGGU KEDUA



Han Byul, Bintang Big Stage 2019 berasal dari Korea ini menunjukan kebolehan luar biasa selepas menyanyikan lagu dalam Bahasa Melayu dengan baik pada konsert Big Stage 2019 minggu kedua bertemakan Hype Beat. Juri Dato' Seri Siti Nurhaliza dan Judika memberikan standing ovation kepada beliau. Beliau menyanyikan lagu VROOM VROOM nyanyian asal Nabila Razali ini terus menyerlah berada di tempat pertama Big Stage 2019 minggu kedua dengan peratusan juri sebanyak 89.33% dan seterusnya dipilih sebagai VIVO BBNU Of The Week minggu pertama.


Mendahului senarai tempat kedua ialah Dinda Permata, bintang dari Indonesia dengan membawa lagu Temberang nyanyian asal Ayda Jebat 82.67%. Santesh yang membawa lagu Balqis nyanyian asal Dato' Seri Siti Nurhaliza berada di tempat ketiga sebanyak 80..33%. Tempat keempat Neeta dengan lagunya Say My Name nyanyian asal Destiny's Child terima peratusan sebanyak 79%.


Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Sheryl Shazwanie yang tersingkir pada minggu kedua selepas memperolehi markah juri sebanyak 63.67% dan peratusan undian online terendah sebanyak 4.80%. Datuk Syafinaz Selamat memberi komen, Sheryl tidak memahami lirik lagu semasa membuat persembahan.


Juga berada di kedudukan terendah ketika itu selain Sheryl Shazwanie ialah Aziz Harun dan Chaleeda Gilbert. Satu-satunya penyanyi dari Thailand iaitu Chaleeda Gilbert bijak memilih konsep hiasan pentas yang menarik, namun begitu juri merasakan kualiti nyanyian beliau kurang bertenaga. Di samping itu, bintang yang berasal dari Brunei, Aziz Harun, dikritik hebat oleh juri tetap, Judika yang mengatakan bahawa “Kawalan pernafasan Aziz dilihat tidak seimbang dan persembahan vokal yang kurang memuaskan”.


Ikuti video penuh keputusan pengundian secara Online berikut:




Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page