top of page

SHAHEIZY SAM BUKTIKAN FREAKY FITZ BOLEH KURUSKAN BADAN DALAM MASA 20 HARI

Ramai orang yang bersaiz plus ingin memiliki saiz badan yang ideal supaya dapat mengekal kesihatan yang baik disamping menjaga imej untuk kelihatan lebih cantik dan anggun.


Foto dari Kiri Shaheizy Sam, Fauziah Talib (Tengah) dan Syatilla Melvin


Baru-baru ini pelakon yang pernah menggunguli Artis Paling Popular, Shaheizy Sam menyahut cabaran produk minuman kesihatan Freaky Fitz untuk membantu menguruskan berat badan dalam masa 20 hari.


Salah seorang peserta Fauziah Talib mengungguli Cabaran 20 Hari Freaky Fitz setelah berjaya menurunkan 15.7 kilo berat badan mengatasi 32 peserta lain . Beliau bersama 8 peserta lain membawa pulang Pakej Percutian 3 hari 2 malam ke Bali yang disampaikan oleh penganjur.


Bercakap kepada pemberita beliau menyatakan rasa syukur diatas kejayaan yang diarih dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur khususnya Shaheizy Sam yang memberi tunjuk ajar bagi menurunkan berat badan dengan cara sihat.


"Saya selama ini telah mencuba pelbagai cara bagi menangani masaalah berat badan saya dan apabila mendapat tahu Shaheizy Sam nak membantu peminat beliau, saya terus menghantar borang penyertaan dan rasa sangat bersyukur kerana terpilih dan berjaya. Sepanjang 20 hari kami telah dibekalkan produk Freaky Fitz dan diberi tunjuk ajar secara berkumpulan oleh Shaheizy Sam. Sekarang saya tahu tidak susah untuk menurunkan berat badan dengan cara yang betul ".


Seorang lagi peserta Shafiee Zainal Abidin menyatakan kegembiraannya dengan penganjuran program tersebut.


''Saya rasa program sebegini perlu diteruskan oleh Shaheizy Sam, kerana saya percaya ramai diluar sana yang ingin menurunkan berat badan tetapi tidak mencapai impian tersebut kerana tidak ada mentor atau rakan yang memberi tunjuk ajar serta galakan, kebanyakan buat separuh jalan. Saya sendiri telah beberapa kali cuba untuk menurunkan berat badan tapi tak berjaya, tapi setelah dipilih masuk ke program ini saya dapat turun 14.6 kilo dalam masa 20 hari, produk minuman Freaky Fitz yang diberi kepada kami pun banyak membantu, perasa tehnya pun sedap ".


Turut hadir Isteri beliau Syatilla Melvin (Foto Kiri)


Shaheizy Sam yang ditemui pihak media menyatakan kegembiraannya diatas kejayaan semua peserta.


"Saya pada mulanya hanya nak bantu rakan terdekat untuk turunkan berat badan, dalam proses 5 hari pertama kami mendapat idea mengapa tidak membuka peluang ini kepada peminat, saya juga terkejut apabila saya maklumkan dalam IG dan Facebook saya jumlah yang nak menyertai hampir 22 ribu orang. Ini menunjukan ramai rakyat Malaysia yang mengalami masaalah berat badan dan nak kurus tapi tak tahu kaedah yang terbaik. Ada juga permintaan untuk diadakan Freaky Fitz 20 Days Challenge untuk kumpulan kedua, tengoklah nanti."



Pada majlis itu juga telah diadakan Pelancaran Produk Freaky Fitz. Produk minuman berperisa Teh Limau Markisa ini diperkaya dengan serbuk Guarana serta Hoodia Gordoni bagi membantu menjaga pemakanan dan memberi tenaga sepanjang hari. MYBUZZ!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page