top of page

TOK TI LANCAR PRODUK TERBARU, RAI PEMINAT DALAM KONSERT MINI KOLOBORASI BERSAMA SHOPEE


Lebih 1,000 peminat menikmati malam yang pasti tidak dapat dilupakan apabila berpeluang menyaksikan persembahan hebat Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin di Konsert Mini Shopee X SIMPLYSITI. Diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Sabtu, 14.09.19, penyanyi yang memenangi pelbagai anugerah ini mengagumkan penonton dengan kemerduan suara dan personalitinya yang ceria.


Penonton dibawa dalam perjalanan yang bermula dengan mengimbas memori keindahan lagu-lagu dari album pertamanya hingga ke album terkini. Antara lagu yang didendangkan termasuk Jerat Percintaan, Wajah Kekasih, Biarlah Rahsia dan Kasihku Selamanya. Para peminat juga turut mengambil kesempatan ini untuk menyanyi bersamanya.


Konsert Mini Shopee X SIMPLYSITI ialah kerjasama antara Shopee, platform membeli-belah dalam talian no. 1 di Malaysia, dan SIMPLYSITI, jenama kecantikan Halal perintis Malaysia yang menawarkan produk penjagaan kulit, kosmetik dan minyak wangi diasaskan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri. Sebagai kerjasama sulung antara kedua-dua pihak yang dilaksanakan dalam skala besar, konsert mini yang dijayakan bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia Shopee dan SIMPLYSITI serta mendekatkan peminat-peminat dengan Siti Nurhaliza.


Mereka juga diberi kejutan apabila dihadiahkan cenderahati eksklusif edisi terhad Konsert Mini Shopee X SIMPLYSITI. Peminat yang tidak dapat hadir berpeluang mengikuti siaran konsert di Shopee Live, siaran langsung dalam aplikasi platform ini. Siaran ulangan juga boleh didapati di aplikasi Shopee selepas 26 September 2019.


Selain daripada konsert mini, peminat berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti menyeronokkan dan menarik di pentas. Mereka diuji apabila perlu melengkapkan lirik lagu-lagu Siti Nurhaliza dalam cabaran “Complete the Lyrics”. Para peminat yang turut serta membawa pulang hamper mini SIMPLYSITI bernilai RM100.


Dalam aktiviti “How Well Do You Know Siti Nurhaliza”, pengetahuan peminat tentang artis kegemaran mereka diuji dengan menjawab soalan tentang dirinya. Pada masa yang sama, pelanggan yang paling banyak berbelanja membeli produk SIMPLYSITI pada Super Brand Day yang diadakan di Shopee pada awal Ogos disampaikan sebuah cenderahati istimewa milik Siti Nurhaliza.

Di konsert tersebut, sekumpulan peminat tegar yang menggelar diri mereka SitiZoners telah naik ke pentas untuk membuat persembahan bagi Siti Nurhaliza. Mereka mendapat kejutan istimewa apabila beliau menari bersama mereka dalam persembahan tersebut. Siti Nurhaliza sentiasa berjaya menambat hati para penontonnya; dan kali ini, mereka nyata teruja apabila beliau mempersembahkan tarian ikonik Shopee Shark yang terkenal. Ia merupakan masa yang dipenuhi dengan gelak ketawa apabila mereka turut menggoyang telefon mereka dalam aktiviti Goyang Shopee untuk memenangi Shopee Coins.


Ternyata malam tersebut penuh dengan kenangan manis dan detik bersejarah, termasuk pelancaran rangkaian menarik terbaharu SIMPLYSITI yang dinamakan BeauSiti. Mereka yang hadir merupakan kumpulan pertama untuk melihat minuman kecantikan sulung BeauSiti dari SIMPLYSITI yang dinamakan Beautessence™. Produk ini akan ditawarkan secara eksklusif di atas talian di Shopee mulai 14 September 2019 menerusi kedai rasmi BeauSiti.


Beautessence di bawah rangkaian BeauSiti dari SIMPLYSITI ialah minuman botani harian serba maju yang dirumuskan khas untuk menawarkan solusi kecantikan menyeluruh bagi wanita. Dengan kombinasi Phytonutrient-C+™ dan Teknologi Nutri-lock™, ramuan aktif bersinergi ini diserap dengan cekap untuk memberikan keputusan optimum untuk kulit dan badan yang cantik, dan juga kesejahteraan umum.


Produk ini bukan sahaja dirumuskan oleh penyelidik berasakan kajian saintifik, tetapi turut menerima pelbagai akreditasi daripada piawaian antarabangsa termasuk SIRIM dan Makmal Piawaian Antarabangsa UNIPEQ UKM. BeauSiti juga membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi stokis utama dan mereka boleh mendaftar dalam talian di www.simplysiti.com.my.


Konsert Mini Shopee X SIMPLYSITI lebih menarik lagi dengan penglibatan penaja BH Petrol dan Mydin. Bahang kehangatan Siti Nurhaliza akan diteruskan sehingga 18 September dengan pelanggan bertuah Super Brand Day SIMPLYSITI yang juga pemegang kad CIMB Islamic yang akan menyertai majlis minum petang bersama penyanyi pujaan mereka di Grand Hyatt Kuala Lumpur.


Mereka yang tidak dapat hadir ke konsert mini atau ingin mengimbas kembali malam tersebut boleh menyaksikan siaran ulangannya di Astro Prima, saluran 105, dari jam 9pm hingga 11pm pada 26 September 2019.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page