top of page

VICTORY BENCH BAKAL BANGUNKAN BANDAR PINTAR BERASASKAN TEKNOLOGI BLOCKCHAIN DI MALAYSIA



Zhejiang Victory Bench Blockchain Technology, sebuah syarikat berkaitan tekonologi 'blockchain' diasaskan oleh seorang usahawan tempatan yang juga pakar teknologi blockchain, Muhammad Alif Iskandar Abdullah@Eric Tay yang berpusat di China semalam telah melancarkan 3 komponen teknologi berasaskan teknologi 'blockchain' yang bakal diperkenal dan dibangunkan di Malaysia iaitu teknologi Bandar Pintar (Smart City), teknologi Sistem Pemantauan Jaringan Sosial (Social Network Monitoring System) dan Sistem Pertukaran Pas Kripto ( Crypto Pass Exchange System).


Majlis pelancaran tersebut juga merupakan kesinambungan kepada Majlis Penerangan "Victory Bench Hyperledger Blockchain" dan Teknologi AI Untuk Hub Berteknologi Tinggi Antarabangsa Malaysia yang telah diadakan pada pada Januari yang lalu.


Seramai 220 orang perwakilan dari pihak Zhejiang hadir bersama untuk berkongsi pengalaman pembangunan 'Smart City' yang mana telah lama dibangunkan di beberapa lokasi di China oleh pihak Zhejiang Victory Bench.

Pengasas syarikat Victory Bench Hyperledger, Muhammad Alif Iskandar Abdullah selepas majlis taklimat mengenai perancangan bandar pintar dan pelancaran sistem pertukaran pas kripto blockchain di Putrajaya, semalam

Menurut Muhammad Alif (foto), pihaknya sedang bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dalam mengenal pasti beberapa lokasi yang terdiri daripada bandar baru dan bandar sedia ada untuk membangunkan teknologi 'Smart City' sekaligus bakal menjadikan bandar tersebut sebagai model pembangunan bandar pintar di seluruh Malaysia pada masa akan datang.


Ketika diajukan soalan sama ada Cyberjaya termasuk didalam senarai lokasi pilihan untuk projek tersebut, Muhammad Alif memberitahu ianya masih diperhalusi oleh pihak kerajaan. Tiada sebarang kata putus buat masa ini. Sekiranya mendapat lampu hijau dari kerajaan, pihak Victory Bench bakal membuat pelaburan sejumlah AS$50juta hingga AS$100juta untuk membangunkan bandar tersebut.


Muhammad Alif turut memaklumkan kepada wakil media, pihaknya telah memilih Labuan sebagai lokasi pembangunan teknologi Fabulous Blockchain Crypto Pass Exchange System sesuai dengan status Labuan sebagai Pusat Kewangan Pesisir Malaysia. Pembangunan teknologi tersebut bakal diselia oleh Teknologi Perkasa yang berpengkalan di Kuala Lumpur.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page