SIAPAKAH JUARA SULUNG ALL STARS BUKA PANGGUNG MUSIM PERTAMA? AARON AZIZ, ZULHUZAIMY, NOORKHIRIAH ATA
Selepas Datuk Rosyam Nor tersingkir pada minggu separuh akhir, 4 bintang 'All Stars Buka Panggung’ lain akan berentap di peringkat akhir pada minggu ini!
Foto Datuk Rosyam Nor (dua dari kanan)
Zulhuzaimy atau ‘SPARK’ berjaya mengungguli minggu separuh akhir ‘All Stars Buka Panggung’ dengan markah undian sebanyak 23.26%. SPARK ternyata membuat audiens terhibur dengan wataknya yang tanpa rasa bersalah, ‘menyerbu’ majlis hari kelahiran ayahnya. Kemenangan ini sekaligus membawa Zulhuzaimy ke pentas akhir minggu ini!
Juga berjaya ke pentas akhir adalah pemenang tempat kedua, Noorkhiriah dengan markah 20.37%, yang melakonkan wataknya yang langsung tak kisah bila stesen minyaknya dirompak! Cukup selesa dengan watak ‘minah rempit berlagak dengan motor curi’, Rita Rudaini juga berjaya ke pentas akhir dengan markah sebanyak 18.87%. Markahnya berbeza hanya 0.02% dengan tempat keempat yang juga finalis ‘All Stars Buka Panggung’, Datuk Aaron Aziz dengan markah 18.85%! Kecoh dibuatnya apabila beliau melakonkan watak banduan yang boleh membuka dan menutup sendiri sel penjaranya.
Foto : Barisan finalis Zulhuzaimy, Rita Rudaini, Noorkhiriah dan Datuk Aaron Aziz yang mara ke pentas akhir
‘All Stars Buka Panggung’ merupakan sebuah program komedi dari Astro Warna yang mencabar para pelakon untuk melakonkan watak secara improvisasi, tanpa disediakan sebarang skrip. Minggu separuh akhir ‘All Stars Buka Panggung’ telahpun menyaksikan lakonan pemenang-pemenang mingguan, Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Noor Noorkhiriah, Rita Rudaini dan Zulhuzaimy, yang turut dibantu oleh pelakon tambahan kejutan seperti Mark Adam, Tomok, Bell Ngasri, Zulin Aziz, A.R. Badul!
Foto : Kamal Pendek menerima sumbangan tunai daripada Astro
Menariknya lagi, sebagai penghargaan kepada para seniman tanah air, pihak ‘All Stars Buka Panggung’ dengan kerjasama Persatuan Seniman Negara, menyampaikan bantuan sumbangan kebajikan dalam bentuk wang tunai RM4,000 kepada Nurul Kamal Mohamad Zainudin, atau lebih mesra dikenali sebagai Kamal Pendek. Beliau pernah berlakon bersama Mat Sentul menerusi filem ‘Penagih Dadah’ dan aktif melalui filem ‘Pendekar’, ‘Si Badol’, ‘Panglima Badol’, ‘Dadidu’ dan ‘Tuan Besar’. Kini, beliau menghidap kanser usus tahap satu.
Siapakah bakal merebut gelaran juara dan seterusnya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 50,000 dan sebuah trofi! Nantikan Jumaat ini pukul 9.00 malam di saluran Astro Warna. MYBUZZ!