KESERONOKAN AKTIVITI DI PELADANG SETIU AGRO RESORT
- Oct 31, 2019
- 1 min read
Tidak dapat dibanding dengan menginap di bandar berbanding di kawasan hutan simpan yang indah dengan Flora Faunanya. Bulan lalu MB dibawa bersama mengikuti FAM TRIP Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Festival Setiu Wetlands 2019 anjuran Tourism Malaysia ini telah menginap di Peladang Setiu Agro Resort.

Selama satu malam kami disini, kesabaran kami diuji dengan liputan telco yang tidak stabil menyebabkan kami terputus hubungan komunikasi dengan orang luar. Bagaimanapun sekiranya anda pencinta alam sekitar dan sukakan kehijaun inilah tempat yang anda harus singgah.
IMG_6690 IMG_6683 IMG_6689 IMG_6687
Peladang Setiu Agro Resort menawarkan 58 unit chalet, Kem Latihan Agro dengan 5 blok asrama (boleh menampung 250 orang pada satu-satu masa) dan juga Tapak Perkhemahan Agro (boleh menampung 300 orang pada satu-satu masa).
Yang turut menarik di sini ialah mini taman tema air untuk kanak-kanak.
IMG_6733 IMG_6681 IMG_6676 IMG_6687 IMG_6761 IMG_6701 IMG_6758 IMG_6677
Pelbagai aktiviti menarik yang anda akan merasai nya sendiri iaitu Flying Fox, Water Confident, berkeno, Night Walk, memancing dan lain-lain lagi.
Chalet penginapan yang selesa dan luas serta mempunyai balkoni yang menghadap tasik. Keindahan tasik sekitarnya yang dikelilingi oleh hutan simpan Gunung Tebu cukup mendamaikan mata anda di pagi hari.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi pihak Pengurusan Peladang Setiu Agro Resort seperti berikut:
Laman Web : www.agroresort.com
Alamat : Lot 3912, Mukim Guntung, Setiu, 22040, Permaisuri, Terengganu
Telefon :019-919 2240
MYBUZZ!

Comments