FESTIVAL MAKANAN INDONESIA DI PAYA SERAI HILTON PJ SEPANJANG NOVEMBER INI
Enak banget!! satu ungkapan dalam bahasa Indonesia yang menggambarkan kelazatan makanan.
Sepanjang November ini, Restaurant Paya Serai di Hilton Petaling Jaya menawarkan promosi bufet festival makanan Indonesia asli.
Di Indonesia sendiri banyak makanan yang dijual di warung tepi jalan mendapat tempat kepada pengunjung kerana keaslian rasa makanan tersebut. Tawaran promosi bufet ini menyajikan hidangan lazat seperti Asinan Jakarta, Nasi Krawu Gresek dan bebek Bertutu Buleleng yang dimasak sendiri oleh Chef Irfan Widianto dan Irshan Gunwanan dari Double Tree Jakarta.
Chef Irfan menunjukkan cara menyediakan salah satu juadah asli Indonesia. Sangat sedap!
Juadah ini seakan Lontong di Malaysia tetapi mengandungi tahu, telur, nasi impit dan ayam masak ungkep. Ia pasti menggamit selera anda!!
Selain daripada keenakan makanan yang dihidang, dekorasi restoran cukup menarik dipamer patung budaya bercirikan Indonesia dan seolah-olah anda berada di negara seberang itu untuk menikmati juadah tersebut.
Sekiranya anda ingin merasai keenakan makanan warung Indonesia ini dan masakan yang dimasak secara langsung oleh Chef Irfan. Anda semua harus datang ke Restoran Paya Serai HIlton Petaling Jaya untuk mencubanya.
Istimewa Tetamu Chef
2-17 November 2019
Bufet Tengahari
RM115 nett/dewasa
Bufet Minum Petang
RM122 nett/dewasa
Bufet Makan Malam (Ahad hingga Khamis)
RM125 Nett/Dewasa
Bufet Makan Malam (Jumaat & Sabtu)
RM132 Nett/Dewasa
Bufet Indonesia
18-30 November 2019
Bufet Tengahari
RM98nett/dewasa
Bufet Minum Petang
RM122 nett/dewasa
Bufet Makan Malam (Ahad hingga Khamis)
RM115 Nett/Dewasa
Bufet Makan Malam (Jumaat & Sabtu)
RM132 Nett/Dewasa
Sekiranya anda anggota APAC dan rakan bank yang terpilih boleh mendapat diskaun. Untuk tempah sila hubungi 03-7955 9122 atau melalui emel PETHI_FB@hilton.com. MYBUZZ!