ALHA ALFA TERBIT PROGRAM SULUNG 'MALAYSIA TOP MUA'
Rentetan kejayaan yang dimiliki dalam beberapa peringkat dari tahun ke tahun sehingga kini, Dato’ Alha Alfa telah merencanakan hasratnya untuk menerbitkan program realiti TV dibawah terbitan Alha Alfa Rich Legacy iaitu “Malaysia Top MUA”. Tujuan dan objektif program ini di hasilkan adalah untuk menghargai bakat-bakat jurusolek yang bagaikan cendawan tumbuh di era ini. Profesion mereka sebagai jurusolek kini bukan sesuatu yang janggal di mata masyarakat mahupun dunia. Kewujudan platform realiti program ini mampu memberi saingan yang sihat dikalangan jurusolek tanahair sekaligus meletakkan kepercayaan kepada masyarakat, bahawasanya profesion ini mampu memberi impak yang besar dalam industri kerjaya sebagai jurusolek.
Foto (Tengah) Dato Alha Alfa disarungkan apron Malaysia TOP MUA sebagai simbolik Pelancaran.
Program Realiiti MALAYSIA TOP MUA ini menampilkan 8 peserta yang dipilih untuk mengisi 8 episod penuh yang berdurasi 30 minit di kaca televisyen melalui siaran Astro Ria. Pemilihan peserta ini berdasarkan beberapa peringkat, bermula dengan penghantaran penyertaan video make up selama 1 minit dengan menggunakan produk Alha Alfa iaitu Set Borderless. Penghantaran video dibuka pada 13 November sehingga 4 Disember 2019. Keseluruhan episod yang akan dipaparkan ini akan diadili oleh juri yang dipilih dalam setiap episod. Program realiti ini berkonsepkan tugasan mengikut tema yang akan diberikan kepada setiap peserta dan setiap episod akan berlaku penyingkiran. Pembabitan negara Indonesia juga dapat dilihat apabila MALAYSIA TOP MUA ini akan memaparkan episod 6 & 7 yang akan di bawa ke Bali & Yogyakarta, Indonesia. Episod finale berlangsung di Malaysia dan akan menempatkan 3 peserta teratas yang bakal merebut gelaran Juara, Naib Juara dan tempat ketiga.
Selaku penerbit yang merencanakan keseluruhan perancangan program realiti Malaysia Top MUA, Alha Alfa Rich Legacy juga menawarkan wang tunai RM50,000 sebagai jumlah keseluruhan bagi tempat pertama, kedua dan ketiga. Episod 1 program realiti ini bakal disiarkan setiap Sabtu di Astro Ria bermula 15 Februari 2020. Di antara organisasi rasmi yang terlibat di dalam platform pengurusan program realiti MALAYSIA TOP MUA ini adalah pihak pengurusan media rasmi iaitu agensi Valet Chantek Media & Consultancy [VCMC] dan Majalah Digital Rasmi INTREND Malaysia. Majlis pelancaran program realiti Malaysia Top MUA ini juga disulami dengan perjanjian persefahaman diantara Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd bersama rakan kongsi VCMC bersama INTERMODA untuk pasaran produk Alha Alfa Cosmetic di Indonesia. Perasmian program Malaysia Top MUA ini juga diserikan dengan perhubungan awal bersama pihak stesyen televisyen MNC Indonesia. Pelawaan perancangan program INDONESIA TOP MUA untuk edisi ke 2 siaran di televisyen Indonesia di masa akan datang bakal dilaksanakan sejurus selesai program Malaysia Top Mua di Astro Ria. MYBUZZ!