LAZADA WALLET JADI PILIHAN POPULAR PADA 11.11
Lazada Malaysia memecahkan rekod jualan 11.11 tahun 2018 dalam hanya 13 jam, dengan lebih dari 1 juta barangan terjual pada jam pertama.
Lazada Wallet merupakan kaedah pembayaran paling popular digunakan pada jualan 11.11 baru-baru ini.
Lazada Malaysia memecahkan rekod serantau dengan penghantaran pertama dilakukan dalam 80 minit pertama jualan bermula.
Jumlah tontonan Lazada 11.11 Super Show secara langsung di aplikasi Lazada meningkat sehingga 3 kali ganda dari konsert pertama tahun lalu.
Platform eDagang terkemuka Lazada Malaysia tahun ini telah mengatasi angka jualan 11.11 tahun 2018 dalam hanya tempoh 13 jam, dengan lebih 1 juta barangan telah terjual dalam tempoh 1 jam pertama jualan. Prestasi cemerlang ini mencerminkan perkembangan Lazada yang amat memberangsangkan di Malaysia.
Pada kemuncaknya, jualan terbesar sehari Lazada ini menyaksikan kadar transaksi setiap minit meningkat lebih dari 50% berbanding tahun lalu, dengan Lazada Wallet muncul menjadi kaedah pembayaran paling tinggi digunakan dalam tempoh 24 jam. #MYLazada1111 juga menjadi antara hashtag yang paling popular dikalangan pengguna internet untuk 48 jam, semasa rakyat Malaysia menunggu detik bermulanya karnival beli-belah tahunan yang paling dinanti-nantikan.
“Kami amat teruja dengan pencapaian jualan 11.11, yang dijayakan dengan sokongan para pelanggan, jenama-jenama, rakan niaga dan juga para penjual. 11.11 merupakan masa untuk mempamerkan kapabiliti insfrastruktur Lazada untuk menerajui konsep beli-belah sambil berhibur, serta kebolehan teknologi, transaksi pembayaran dan kecekapan susun atur logistik di waktu puncak. Tahun ini kami telah membuktikan komitmen kami untuk terus membawakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang baharu,” kata Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.
“Melalui pemerhatian kami, pengguna masakini mahukan pengalaman beli-belah tanpa tunai yang lebih menghiburkan dan lebih memberi ganjaran. Oleh itu, kami yakin Lazada akan terus memenuhi kehendak dan trend terkini disamping menjadi salah satu penyumbang utama kepada perkembangan ekonomi digital di Malaysia. Kami bangga menjadi peneraju eDagang di Malaysia, menjadi penanda aras industri dan juga dilihat sebagai platform yang dipercayai untuk pengguna mahupun peniaga,” tambah Chow.
Sorotan Karnival Beli-belah Lazada 11.11
Lazada 11.11 Super Show
Pembeli di seluruh negara telah menunggu detik tengah malam untuk pelancaran jualan terbesar sehari tahunan dengan menyaksikan edisi kedua Lazada 11.11 Super Show, rancangan televisyen bersiaran langsung dengan kerjasama Rangkaian Televisyen Media Prima. Lazada 11.11 Super Show juga telah distrim secara langsung melalui aplikasi mudah alih Lazada dan disiarkan di saluran televisyen utama TV3 serta saluran penstriman mudah alih Tonton dan Youtube. Jumlah tontonan dalam aplikasi Lazada Malaysia juga menyaksikan peningkatan 3 kali ganda berbanding tahun lalu, dengan jumlah tontonan yang menghampiri 5 juta di seluruh platform tontonan, yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen PutraJaya. Para penonton telah dihiburkan dengan persembahan dan sketsa dari artis antarabangsa dan tempatan, termasuk kumpulan K-pop popular Apink.
Lazada Wallet Merupakan Kaedah Pembayaran Paling Popular
Transaksi pembayaran adalah lancar pada 11.11, dengan Lazada Wallet merupakan kaedah pembayaran paling tinggi digunakan. Ini menunjukkan peningkatan trend pengguna di Malaysia yang lebih memilih kaedah pembayaran tanpa tunai yang lebih selamat dan lebih memberi ganjaran. Jumlah transaksi Lazada Wallet untuk setiap saat telah meningkat sehingga 77% jika dibanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.
Kapasiti Logistik Dipertingkat
Bagi menampung permintaan yang tinggi pada 11.11, Lazada eLogistics (LeL) telah mempertingkatkan jumlah tenaga kerja 5 kali ganda berbanding hari-hari biasa, dengan 8 gudang dipanjangkan tempoh operasi ke 24 jam selama 6 hari. Lazada Malaysia juga memecah rekod perantauan dengan membuat penghantaran pada 11 November ke pelanggan pertama dalam tempoh 80 minit.
Jualan Terlaris
Diantara barangan pertama yang menjadi rebutan ialah telefon pintar HUAWEI Mate 20, yang telah habis dijual dalam tempoh 5 minit selepas jualan bermula, diikuti dengan jualan lebih 1 tan Prego Spaghetti dan lebih 57,000 paket me segera Maggi Kari 2 minit. 3 kategori yang mencatat jualan tertinggi ialah Barangan Rumah, Telefon Bimbit & Tablet dan Aksesori. Sementara itu, ciri tempahan awal yang dikenali dengan ‘Chup Dulu’ menyaksikan barangan dari kategori Ibu & Bayi, Barang Runcit dan Sukan & Aktiviti Luar paling banyak yang di ‘Chup’.
Lebih ramai rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam ekonomi digital
Kedai Desaku Flagship Store di LazMall mencatatkan rekod yang menakjubkan semasa Karnival Jualan 11.11, dengan kesemua produk habis dijual dalam tempoh 24 jam. Dikendalikan oleh pengasas Projek DESA, kedai ini menampilkan produk warisan oleh petani luar bandar dari Bentong, Pahang, termasuklah sos soya Bentong dan beras Orang Asli, dengan bertujuan untuk mencipta peluang bagi memperkasa komuniti yang kurang diberi perhatian melalui eDagang. Kedai Desaku baru sahaja dilancarkan seiring dengan jualan 11.11 dan jualan larisnya menunjukkan permintaan tinggi dari pengguna Malaysia untuk produk warisan tempatan.
Mengenai Kumpulan Lazada
Diasaskan pada 2012, Kumpulan Lazada adalah peneraju platform eDagang di Asia Tenggara. Kami ingin memacu kemajuan ekonomi di Indonesia, Malaysia, Filipna, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui teknologi dan perdagangan. Dengan khidmat logistic dan pembayaran terbesar di rantau ini, Lazada merupakan sebahagian dari gaya hidup pengguna dan kami menyasarkan 300 juta pembeli menjelang 2030. Semenjak 2016, Lazada merupakan platform utama Kumpulan Alibaba, yang dikuasakan oleh insfrastruktur teknologi yang canggih.