HABIB LANCAR FESTIVAL BATU PERMATA SEMPENA JUALAN AKHIR TAHUN
Para peminat batu permata dan barang kemas sangat bertuah kerana buat pertama kalinya, Habib mempamerkan koleksi terbesar barangan kemas batu permata mereka bermula hari ini sehingga 1 Disember 2019 di Centre Court, IOI City Mall, Putrajaya. Lebih dari 1000 koleksi barangan kemas batu permata berharga boleh didapati bersempena dengan Jualan Akhir Tahun Malaysia. Jualan Akhir Tahun Habib turut disambut di semua 28 bilik pameran Habib seluruh negara, dengan potongan harga menarik sehingga 1 Januari 2020.
Festival batu permata Habib mengiringi musim perayaan dengan pameran barangan kemas yang menarik. Memandangkan ini merupakan kali pertama Habib menyambut musim perayaan secara besar-besaran, jenama ini menawarkan pelbagai pilihan barang kemas antaranya berlian pelbagai bentuk, potongan dan karat, emas 916 terutamanya koleksi eksklusif Oro Italia 916 yang menjadi kegemaran ramai, jongkong emas, batu permata berharga dan mutiara dengan harga yang berpatutan.
Untuk memberi laluan kepada koleksi 2020, koleksi istimewa yang dinamakan Koleksi Eksport dimana rekaannya yang unik dan eksklusif dengan berlian terpilih pada setiap barang kemas. Koleksi ini amat ditunggu-tunggu setiap hujung tahun kerana hanya ditawarkan ketika Jualan Akhir Tahun Habib.
Berpegang kepada tagline ‘Hadiah Kebahagiaan’, ini ialah masa yang paling gembira di seluruh dunia. Dengan bermulanya musim cuti sekolah, musim perkahwinan, pertukaran hadiah ketika Krismas yang akan datang dan sambutan Tahun Baru tidak lama lagi, kami harus memastikan pelanggan bukan sahaja berpuas hati dengan harga yang ditawarkan tetapi turut memberi mereka sesuatu yang berlainan ketika Jualan Akhir Tahun ini.
Trend dan fesyen antarabangsa telah berubah, rekaan barang kemas menjadi lebih ringkas, moden, elegan dan berkelas tinggi. Batu permata pelbagai warna sedang menjadi trend hangat dan seiiring dengan trend global ini. Dengan perubahan ini, HABIB menggabungkan fesyen Eropah dalam rekaan barangan kemas kami. Koleksi batu permata kami jarang diberi diskaun kerana ini ialah koleksi berharga kami. Dan sempena Jualan Akhir Tahun ini, buat pertama kalinya, kami memberikan sesuatu yang istimewa untuk pelanggan kami, dengan tawaran harga yang mampu milik untuk koleksi permata kami.
Setelah berada di pasaran selama lebih 60 tahun, dan menjadi jenama barang pilihan rakyat Malaysia, Habib kini membawa barangan kemas batu permata yang menjadi trend global ke Malaysia. Sama ada anda ingin membeli cincin untuk diri sendiri mahupun sebagai hadiah perkahwinan rakan anda, pelbagai pilihan menanti anda. Permintaan terhadap batu permata berwarna seperti zamrud, delima, dan nilam sangat tinggi dalam industri fesyen masa kini.
Sempena Jualan Akhir Tahun dengan tema ‘Magical Holiday Festivity’, Habib mengadakan majlis pelancaran Festival Batu Permata dengan pertunjukan fesyen yang menampilkan 12 koleksi batu permata berharga terbaik Habib, digayakan oleh model-model ala Puteri istana.
Majlis bermula dengan ucapan aluan dari pengacara majlis, Ili Ruzana yang merupakan juruhebah Fly FM. Ili yang diserikan indah, memakai barangan kemas dari koleksi berlian dan zamrud.
Majlis pada petang ini diserikan lagi dengan persembahan khas dari Cassidy La Crème yang kelihatan begitu cantik dengan koleksi eksklusif berlian dan batu permata terbaru HABIB.
Bertepatan dengan tema dan konsep perayaan dan kegembiraan, semua tetamu disajikan dengan aiskrim Magnum yang direka khas dengan batu permata berwarna. Bukan sekadar cantik dipandang, rasanya turut tidak mengecewakan.
Pameran barangan kemas ini merupakan platform terbaik untuk orang awam mempelajari tentang batu permata kelahiran mereka dan ciri-ciri unik batu tersebut. Dengan kembalinya trend batu permata, pameran ini bertujuan untuk berkongsi dengan para pelanggan bagaimana untuk mengenalpasti batu permata yang berkualiti tinggi selain menunjukkan rekaan terbaru yang moden.
Para pelanggan kami boleh menjangka batu permata pelbagai bentuk, warna dan karat dalam loket, cincin, gelang dan anting-anting dengan harga serendah RM330, sesuai dijadikan sebagai hadiah.
Tawaran menarik menanti semua pelanggan kini ditawarkan sehingga 1 Disember 2019 di Festival Batu Permata Habib antaranya:
Potongan sehingga 70% untuk barangan kemas berlian dan batu permata
Hadiah percuma dengan sebarang pembelian RM1000 dan keatas dalams satu resit (sementara stok masih ada)
Potongan RM10 hingga RM20 per gram untuk emas 916
Tentang HABIB
HABIB merupakan jenama terkenal barang kemas yang mempunyai pengalaman lebih 60 tahun dalam industri ini. Ditubuhkan oleh Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif pada tahun 1958, perniagaan ini telah membuka kedai pertamanya di Jewellers Corner, Jalan Pitt, Pulau Pinang. Kumpulan HABIB melebarkan sayapnya dengan menjadi penaung jenama-jenama terkemuka lain. Antaranya Hearts on Fire, Pandora dari Denmark, Stephen Webster dari London, Les Georgettes by Altese dari Perancis, Tous dari Sepanyol dan rangkaian jenama jam tangan di bawah syarikat Timezone seperti Ice Watch, Greyhours, William L. 1985, Techn’e Instruments, Maraton, Bravur, Ice-Watch dan Corniche.