top of page

SIAPAKAH JUARA GV MUSIM KE -6 ? NAQIU, HADY MIRZA, JATT, NURFATIMA, ONE NATION EMCEES ATAU SHAM VISA



Gegar Vaganza musim ke 6 akan bakal melabuh tirainya minggu ini, akhirnya enam finalis ‘Gegar Vaganza’ Musim Keenam (GV6) iaitu Hady Mirza, Naqiu BOBOY, One Nation Emcees, Nurfatima, Jatt dan Sham VISA berjaya mara ke peringkat akhir konsert GV6 yang bakal berlangsung pada Ahad ini. Dengan keputusan ini, dua bintang wanita iaitu Wann dan Noorshila Amin diumumkan tersingkir apabila berada di kedudukan dua terbawah sewaktu pusingan separuh akhir tersebut.


Konsert minggu lalu juga turut menyaksikan para bintang menyahut cabaran untuk membawakan dua buah lagu secara solo dan duet bersama artis jemputan masing-masing bagi menempa tiket ke pusingan akhir. Bintang dari Singapura, Hady Mirza kekal konsisten dalam memberikan persembahan yang cemerlang sekaligus mengungguli kedudukan teratas dengan markah sebanyak 82% menerusi lagu solo ‘All My Life’ dan duet Bersama Dia Fadila untuk lagu ‘Takdir Tercipta’.



Manakala Wann yang mendapat tempat kedua terakhir dengan markah sebanyak 57% telah mempersembahkan lagu solo ‘Ku Gembira Di Sampingmu’ nyanyian asal oleh Dato’ Khatijah Ibrahim dan lagu duet bersama Zarul Umbrella menerusi lagu ‘Dua Insan’. Noorshila Amin yang mempertaruhkan lagu ‘Dialah Di Hati’ (solo) dan ‘Kerna Terpaksa’ (duet Bersama Ifa Raziah) pula berada di kedudukan tercorot dengan markah sebanyak 52%. Walaupun sudah memberikan yang terbaik, namun ternyata persembahan mereka gagal menambat hati juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang bersama Datuk M. Nasir selaku juri jemputan.





Debaran semakin terasa. Untuk peringkat akhir, setiap finalis diberi cabaran untuk mempersembahkan dua buah lagu iaitu persembahan secara solo dan pusingan ‘battle’ yang mana mereka perlu berduet untuk membawakan lagu dalam genre rap. Siapakah di antara 6 finalis akhir yang bakal dinobatkan sebagai juara ‘GV6’? Sama-sama kita saksikan...MYBUZZ!






Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page