top of page

MISS QUEEN UNIVERSE INTERNATIONAL KL 2019 TAMPILKAN KELAINAN

Setiap pertandingan ratu cantik atau beauty pageant pasti akan menampilkan seseorang yang mempunyai wajah yang cantik, tubuh badan yang langsing dan perwatakan yang menarik. Selain itu, bagi pertandingan Miss Queen Universe International KL 2019 (MQUI2019) akan menampilkan sedikit kelainan dari segi pemilihan penghakiman juri dimana para peserta akan dinilai secara keseluruhan dari aspek moral, kebijaksanaan, pembawaan diri dan juga kesesuaian karakter diri masing-masing.



MQUI2019 akan diadakan di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur pada 26 Januari 2019 jam 8.00 malam. Seramai 20 orang peserta mewakili negara masing-masing seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dan Kemboja akan dinilai oleh panel hakim pada malam tersebut. Mereka akan berentap dalam 3 peringkat iaitu peragaan National Custom, Evening Gown dan sesi Q&A untuk menguji tahap pengetahuan dan kepintaran sebelum markah keseluruhan dikira.


Penganjuran ini bertujuan untuk membantu anak-anak Autisme Komuniti PDK Templer dan masyarakat Persatuan Ibu Tunggal Malaysia, seumpamanya dan komuniti arus perdana untuk bergabung bersama untuk memahami kehidupan, cabaran dan perjuangan yang dihadapi oleh ibu Autisme Anak & Ibu tunggal tersebut bagi meraihkan kejayaan supaya menjadi komuniti yang kuat dan berani.


Bagi para peserta, penganjuran ini memberikan impak yang positif kepada mereka. selain beramal, mereka dapat meningkatkan keyakinan diri dan memartabatkan harga diri untuk membantu sesebuah masyarakat lain supaya tidak dipinggirkan dan terasing dalam komuniti. Di samping itu juga, MQUI2019 akan menjalinkan ikatan mesra dan perpaduan dalam komuniti. Ia juga akan dapat melahirkan semangat persahabatan di kalangan peserta dan sebagai platform bagi komuniti untuk menyuarakan sebarang aduan terutamanya bagi komuniti yang sering diabaikan. MQUI2019 juga dapat memberi pesanan yang baik kepada orang ramai dimana semua orang memperolehi hak kehidupan sama rata dan tidak dipinggirkan lagi.


Pemenang gelaran Miss Queen Universe International 2019 akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, sebuah mahkota, Trofi, Sash dan pakej 6 bulan kontrak daripada Look At Me.


1st Runner Up akan menerima wang tunai RM3,000, Trofi, Sash dan sebuah mahkota. 2nd Runner Up turut akan menerima RM3,000, Trofi, Sash dan sebuah mahkota. Manakala pada malam itu juga mereka turut menerima gelaran-gelaran saguhati yang lain.


Miss Queen Universe International 2019 dianjurkan oleh Look At Me Sdn Bhd dan Jamu Seri Queen serta acara turut disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Sebarang pertanyaan bagi mendapatkan tiket masuk pada malam itu bolehlah menghubungi penganjur di talian 013-2035667/018-9742389. MYBUZZ!







Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

photo_2018-08-14_16-44-22.jpg

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

photo_2018-08-14_16-46-18.jpg

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.

bottom of page