ABANG KACAK, AZWADIE PENGASAS PRODUK JAMU WANITA TURUN TEMURUN MON JUICE
Kelihatan cantik dan menawan pasti merupakan simbolik kepada kaum hawa dalam memastikan kesihatan mereka turut terjaga terutamanya kesihatan dalaman seseorang wanita itu.
Bak kata orang, 'Cantik Dalam Cantik Luar', Justeru itu suatu produk minuman kesihatan Mon Juice telah dikeluarkan secara komersil bagi memastikan kesihatan wanita itu sentiasa dititikberatkan.
Mon Juice dalam bentuk cecair di dalam sachet
Pengasas dan juga Pengarah Dimie Resources, Encik Muhammad Azwadie Huzaimi Afendi, 23 tahun, berkata
'Mon Juice ini telah diusahakan secara kecil-kecilan sejak 3 generasi turun temurun nenek saya di Kemaman, Terengganu, disana ia lebih dikenali sebagai Rahsia Bonda dan tidak dikomersilkan secara meluas serta hanya dihasilkan dalam bentuk kapsul…'
Bahan utama penghasilan Mon Juice ialah Manjakani, saffron, getah jadam, ekstrak strawberi sebagai perasa.
foto dari kiri Saffron, Manjakani dan Getah Jadam
Sejak 7 bulan lalu produk ini telah dipasarkan dan sebelum itu Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) telah dijalankan selama hampir 3 bulan hingga 6 bulan sebelum ianya dikomersilkan.
Anak ke 3 daripada 6 adik beradik ini, Azwadie turut menambah...'...Mon Jouice ini diambil daripada perkataan Montok dan ia menggambarkan kejelitaan seseorang wanita itu selepas mengamalkan cecair Mon Juice..'
Kebaikan Mon Juice
Menurut Pengarah dan Pengasas Bersama Puan Amie Lizza Piadin,
'...Pada awalnya kami telah mencuba pelbagai perisa seperti ekstrak buah delima dan manggis tetapi rasa pahit getah jadam masih terasa, oleh itu pihak kami memutuskan untuk menggunakan ekstrak strawberi sebagai perisa terbaik dalam penghasilan Mon Juice...'
''....Dengan pengeluaran 1,000 hingga 2,000 kotak ketika ini, Jualan permulaan secara purata telah mencecah RM3,000.00 sebulan dan ianya dijangka dan disasarkan meningkat 3 kali ganda sebulan pada tahun 2020..'' Ujar Azwadie setelah disoal wartawan mengenai purata pendapatan jualan sekarang. Beliau juga merupakan graduan Kejuruteraan Mekanikal.
'' .. saya juga tak malu untuk jual produk wanita dan bukannya buat perkara tidak senonoh'' Tambah beliau lagi setelah ditanya seorang lelaki menjual produk wanita.
Harga sekotak Mon Juice
(15 Sachet):
Semenanjung RM79.00
Sabah & Sarawak RM85.00
Menurut beliau lagi, Mon Juice bukan hanya sekadar khusus untuk kaum wanita ianya juga boleh digunakan oleh kamu lelaki bagi menambahkan tenaga.
Pihak syarikat juga ketika ini telah mempunyai 10 stokis dan 30 agen diseluruh semenanjung Malaysia serta ingin mempelawakan semua individu yang ingin menjadi stokis atau agen atau dropship boleh menghubungi syarikat di talian 011-1121 7507 atau melalui Instagram @mon.juice.hq dan Facebook Mon Juice. MYBUZZ!!