top of page

RAIKAN SAMBUTAN ULANGTAHUN ELIZABETH ARDEN BERSAMA SHOPEE

Kosmetik telah wujud seawal tahun 4000 S.M. di mana masyarakat Mesir purba menggunakan sumber semulajadi seperti kohl, serbuk malakit, hartal kuning tanah, beri, lilin lebah, inai dan serangga untuk menghasilkan produk solekan.


Kini, kosmetik telah berkembang menjadi sebuah industri kecantikan yang bernilai $532 bilion pada tahun 2019, menurut syarikat analitik runcit Edited. Industri ini dikatakan akan terus berkembang maju, didorong oleh tutorial kecantikan dan ulasan produk kosmetik yang semakin banyak didapati di saluran media sosial yang dihasilkan oleh duta jenama dan influencer.

Antara jenama yang menyumbang kepada perkembangan industri ini ialah Elizabeth Arden yang telah membentuk industri kosmetik moden yang dikenali pada hari ini. Florence Nightingale Graham atau lebih dikenali sebagai Elizabeth Arden, lahir pada 31 Disember 1884 di Kanada. Beliau membuka Red Door Salon yang ikonik di Fifth Avenue, New York pada tahun 1910 - salon pertama yang menawarkan perkhidmatan solekan dalam kedai kepada kaum wanita. Pada tahun-tahun berikutnya, Elizabeth Arden mempunyai lebih daripada 100 salon di seluruh dunia, dan pada tahun 1966, ia memilki kira-kira 300 jenis produk kosmetik di bawah bidang perniagaannya.

Arden merupakan 'epitome' bagi jenamanya, dengan niat memperkasakan wanita untuk menjadi diri mereka yang terbaik. Beliau membawa kecantikan abadi di mana saja beliau pergi, dan tidak mendedahkan umur sehingga beliau meninggal dunia untuk menunjukkan keberkesanan produk beliau.

Tahun ini merupakan tahun ke-110 sejak penubuhannya dan untuk terus menyebarkan semangat keperkasaan wanita, Elizabeth Arden berganding tangan dengan platform e-dagang no. 1 Malaysia, Shopee. Melalui kerjasama ini, Elizabeth Arden dapat menawarkan produk mereka pada harga yang berpatutan kepada kaum wanita di Malaysia, seperti rangkaian produk Eight Hour yang telah memenangi anugerah dan dikenali untuk keberkesanannya dalam memperbaiki keadaan kulit secepat lapan jam selepas digunakan.

Baru-baru ini, Elizabeth Arden memperkenalkan produk terbaharu kepada rangkaian produk Eight Hour, Great 8 Daily Defense Moisturizer yang menawarkan penyelesaian semua-dalam-satu untuk kulit sihat dan berseri. Ia memiliki lapan faedah dan melindungi kulit anda daripada kesan negatif pencemaran, sinar biru, UV dan inframerah.


Produk-produk lain termasuk formula penjagaan kulit popular Skin Protectant dengan lapan cara penggunaan yang berbeza, Lip Protectant Stick yang boleh didapati dalam empat warna dan All-Over Miracle Oil yang memberikan faedah pelembutan kepada tubuh, muka dan rambut.

 

Sempena ulang tahun Elizabeth Arden, dari sekarang hingga 31 Januari 2020, para pengguna dapat menikmati diskaun hingga 56% untuk rangkaian produk Eight Hour, diskaun 25% untuk produk berharga biasa dan menerima baucar RM20 apabila mereka membeli produk Elizabeth Arden bernilai RM150 dari kedai rasmi Elizabeth Arden di Shopee.

Untuk menambahkan kemeriahan, Elizabeth Arden akan menghoskan Shopee Live Game Show "Are You Chinese Enough?" yang akan berlangsung pada hari Jumaat, 17 Januari, jam 5 petang. Peserta-peserta akan diuji dengan cabaran seperti membaca lirik lagu dalam bahasa Cina Tradisional, merasa biskut Tahun Baharu dengan mata ditutup dan banyak lagi. Peserta perlu memberi jawapan yang betul agar para penonton dapat memenangi lebih banyak hadiah. Tujuh orang penonton yang bertuah berpeluang untuk memenangi produk Elizabeth Arden bernilai lebih daripada RM250 jika mereka dapat memberi jawapan yang betul mengenai Elizabeth Arden.


Layari https://shopee.com.my/shopeelivemy untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah.


Memandangkan musim perayaan bakal tiba, para pengguna boleh mengambil kesempatan untuk membeli produk Elizabeth Arden untuk menghiasi diri mereka. Pengguna yang mengunjungi Shopee juga boleh mengambil kesempatan dan menikmati tawaran daripada kempen Jualan Tahun Baru Cina (CNY) Shopee termasuk tawaran harian RM8 dan penghantaran percuma RM18.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Elizabeth Arden, layari https://shopee.com.my/elizabetharden.os

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page