top of page

IFA RAZIAH RELA DIKECAM NETIZEN KERANA 'MISS DIVA'


Ifa Raziah semalam tampil pada pelancaran single terbarunya berjudul 'Miss Diva', lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan komposer Indonesia, Ressa Herlambang. Lagu bergenre Pop Dance itu siap dirakamkan tahun lalu sementara video muziknya (MTV) pula mendapat sentuhan hebat daripada pengarah muda berbakat besar iaitu Syahid Rushdan dan telah siap dirakamkan pada Januari lalu. Keseluruhan kos pembikinan video muzik 'Miss Diva' ditaja oleh BQueen Beauty Spa.

Menurut Ifa Raziah, single kali ini merupakan kerjasama kedua beliau bersama Hafiz Hamidun selepas lagu 'Starlela' yang dilancarkan pada Julai 2019. Berdasarkan keserasian itu, sekali lagi Ifa menaruh kepercayaan terhadap Hafiz Hamidun untuk menghasilkan lagu 'Miss Diva'.

“Saya pilih Hafiz kerana dia memahami kehendak saya serta mampu mencorakkan lagu yang sesuai dengan suara saya. Kebanyakan lagu ciptaan Hafiz bersesuaian dengan jiwa saya dan saya yakin lagu 'Miss Diva' akan turut disukai ramai dan menempa kejayaan seperti mana lagu Starlela,” katanya.


Untuk single terbaru ini, Ifa Raziah turut bekerjasama dengan Universal Music Asia. Berkongsi lanjut mengenai konsep video musiknya , kata Ifa konsepnya diadaptasi daripada filem 'Snow White And The Hunstman', yang berkisar kepada ‘kuasa wanita’.


"Miss Diva mengisahkan tentang wanita yang senentiasa dikritik hebat tetapi senentiasa 'move on' tanpa memikirkan cakap-cakap belakang manusia disekelilingnya", ujar Ifa Raziah


Bagi menjayakan rakaman video musik tersebut, Ifa turut berbesar hati kerana diberi peluang mengenakan barangan kemas bernilai RM3.5 juta, tajaan Ceres Jewels yang merangkumi satu set tiara, anting-anting dan cincin.

Menurut wakil dari Ceres Jewel, Puan Lila, pihaknya sangat teruja dengan koloborasi tersebut dan dapat menaja 'Signature Crown' untuk Ifa Raziah dalam penghasilan video musik 'Miss Diva'. Set tiara yang dipakai Ifa dihasilkan dengan menggunakan 1,420 butir permata jenis Aquamarine bernilai RM3 juta, set anting-anting bernilai lebih RM300,000 dan dua cincin bernilai RM65,000.


Sementera itu busana Ifa Raziah untuk penghasilan video musik tersebut ditaja oleh pereka tersohor Calvin Thoo, Lily Moo, Razman Razmi dan Salleh Hamid.


Di dalam video musik tersebut Ifa dijelmakan sebagai ratu jahat persis 'Queen Ravenna' lakonan Charlize Theron dalam filem The Huntsman: Winter's War.


“Gerun apabila memakai tiara dan set barang kemas bernilai jutaan ringgit untuk menampilkan ifa sebagai watak Queen Ravenna yang tidak mahu wanita lain menandingi kejelitaannya, persis kisah yang tersirat dalam lagu Miss Diva.


“Watak Queen Ravenna mirip Miss Diva yang menganggap dirinya hebat dan ‘meletup’.Tetapi karektor dan perwatakan yang dipaparkan dalam MTV itu hanyalah lakonan, saya masih ‘orang’ yang sama,” katanya.



 

SEKITAR PELANCARAN SINGLE & MTV TERBAHARU IFA RAZIAH 'MISS DIVA'


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page