LEBAR SAYAP KE JAKARTA, MAISARAH 'RATU JAZZ' DALAM CIPTAAN
'Julung kali artis Malaysia keluar single jazz diterbitkan Harry Toledo'
Nama Maisarah masih asing di persada seni tanahair, tetapi peluang diberi untuk beraksi di dua pentas sempena acara gilang Indonesia Street Jazz Jakarta pada 8 Mac nanti, membuktikan penyanyi itu mempunyai prestij tersendiri.
Maisarah juga pemain ukulele mendapat pujian pemuzik hebat dan Presiden Of Indonesia Bass Famili Harry Toledo ketika ditemukan dan ‘jamming’ di dalam salah satu acara Januari lepas di Jazz Ampang & Road To Jazz Youth Festival di Motion Blue Jakarta pada 27 Februari lalu.
Belum setahun jagung, Maisarah diberi peluang untuk beraksi di acara muzik genre jazz pertama kali di Indonesia yang digelar di jalanan. Para pemuzik jazz kenamaan Indonesia turut meramaikan acara terbesar ini. Programnya akan ada di 5 panggung jazz di sepanjang kawasan Car Free Day Sudirman – Thamrin. Indonesian Street Jazz Festival akan diadakan pada 8 Mac 2020 antara jam 6 hingga 11pagi.
Indonesian Street Jazz Festival 2020 menampilkan artis-artis:
Kemala Ayu n friends Jimmy manopo Agam hamzah group Jazz on the Street band Harry Toledo and the turbulence of soul ft Maisarah (artis Malaysia) Faraby big band Galuh Adiwinata ( GAB ) Yohanes Gondo Trio (w agung pras and bije drum) IBF chapter purwakarta Troy Kurniawan n friends The Fifth Inversion (ade irawan n devian zikri project) Satpol PP jazz band!
Maisarah akan beraksi di dua pentas sempena Indonesian Street Jazz, Jakarta 8 Mac ini bersama Harry Toledo sebagai pengarah muzik dan juga anggota kumpulan jazz terkenal seanterio indonesia, Turbulance of Soul band.
Menurut Harry Toledo, Maisarah yang merupakan artis remaja berusia 19 tahun mempunyai keunikan suara tersendiri dan vokal yang lain dari yang lain. Harry Toledo akan menerbitkan single terbaru Maisarah di Indonesia pada bulan April nanti.
Foto dari kiri Maisarah, Harry Toledo
Ini merupakan satu penghormatan buat Malaysia kerana julung kali artis Malaysia mendapat tempat di negara yang kaya dengan genre muzik jazz di seluruh Asia Tenggara.
Harry Toledo merupakan pemain bass untuk album artis terkenal Indonesia seperti Krisdayanti, Ari Lasso, Eliana Dewi, Tompi dan Iway.
Tetapi bukan itu sahaja, Maisarah yang tampil dengan gaya ‘cool’ di pentas akan beraksi di mini konsertnya sendiri bersama Turbulance of Soul yang diketuai oleh Harry Toledo di daerah bandar Berkasi, Indonesia pada jam 8 malam, hari yang sama.MYBUZZ!