top of page

SHOPEE DAN CJ ENM BAWAKAN KCON, FESTIVAL BUDAYA KOREA TERBESAR DUNIA KE ATAS TALIAN BUAT PERTAMA KAL


  • Shopee Live Kpop Fest bermula pada 10 Jun, dengan tayangan percuma eksklusif KCON:TACT 2020 Summer dari 20 hingga 26 Jun

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, bekerjasama dengan syarikat hiburan dan gaya hidup terkemuka di Asia, CJ ENM untuk membawa KCON, festival budaya Korea terbesar di dunia, ke atas talian buat pertama kali.


KCON ialah sebuah acara tahunan yang amat dinanti-nantikan untuk peminat Kpop di seluruh dunia, dan memasuki tahun kesembilannya membawa pengalaman peminat budaya Korea terunggul ke seluruh dunia termasuk AS, Jepun, dan Thailand.


Ia akan berlangsung secara atas talian buat pertama kalinya di Asia Tenggara dan Taiwan, dengan Shopee sebagai rakan penstriman langsung rasmi untuk konsert KCON:TACT 2020 Summer. Kerjasama ini akan menyaksikan persembahan, konsert, dan banyak lagi yang ditayang oleh Shopee dari KCON:TACT 2020 Summer secara percuma kepada pengguna di Shopee Live.

KCON:TACT 2020 Summer akan menjadi kemuncak bagi Shopee Live Kpop Fest, yang akan bermula pada 10 Jun. Dilancarkan dengan kerjasama CJ ENM, festival ini bertujuan untuk memenuhi permintaan hiburan atas talian yang semakin meningkat ketika langkah penjarakan sosial dilaksanakan di rantau ini. Kumpulan Kpop popular juga akan membuat penampilan istimewa di Shopee Live, dan pada masa yang sama pengguna Shopee dapat menikmati penstriman dan cabaran bertemakan Kpop setiap hari.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Shopee berbangga menjadi rakan eksklusif CJ ENM untuk menstrim KCON:TACT 2020 Summer kepada peminat di Asia Tenggara dan Taiwan buat pertama kalinya, sebagai sebahagian daripada Shopee Live Kpop Fest. Kerjasama ini dibina berasaskan usaha kami untuk menghubungkan orang ramai melalui hiburan dan pengalaman bersama, dan diadakan setelah beberapa siri kolaborasi yang berjaya dengan bintang-bintang Kpop.


Shopee Live Kpop Fest dan KCON:TACT 2020 Summer mencerminkan komitmen kami bagi memenuhi keperluan yang semakin berkembang, memandangkan orang ramai di seluruh dunia duduk di rumah dan beralih ke hiburan atas talian. Kami berharap lebih banyak kerjasama yang menarik akan dijalin besama CJ ENM pada masa akan datang."


Sementara itu Don Kim, Pengurus Besar Global Festival di CJ ENM pula berkata, “KCON ialah festival budaya Korea terbesar di dunia. Dengan membawa festival ini ke atas talian, kami telah menyediakan pengalaman yang sungguh menarik untuk KCON:TACT 2020 Summer termasuk acara interaktif dengan teknologi canggih, konsert yang dibarisi bintang-bintang ternama, dan banyak lagi. Kami berasa teruja untuk menyajikan lebih daripada apa yang dinikmati peminat selama ini, dan kami berasa teruja dapat bekerjasama dengan Shopee untuk peminat di Asia Tenggara dan Taiwan menyertai festival ini."

Dari 10 hingga 26 Jun, peminat tegar Kpop dapat menyaksikan pelbagai penstriman langsung dan cabaran setiap hari di Shopee Live Kpop Fest, termasuk:


  • Penampilan eksklusif oleh idola Kpop popular, WJSN dan Weki Meki di Shopee Live pada pukul 8 malam (GMT +8) masing-masing pada 10 dan 15 Jun. Pengguna dapat menikmati akses langsung kepada kumpulan-kumpulan tersebut dengan persembahan menarik, temu bual, permainan dan banyak lagi di setiap strim.


  • Cabaran bertemakan Kpop setiap hari bagi peminat untuk menonjolkan pengetahuan mereka, mencipta semula penampilan Kpop ikonik, dan banyak lagi. Peminat terbaik dapat memenangi hadiah menarik seperti baucar dan barangan yang ditandatangani oleh idola kegemaran mereka.

Shopee akan mengakhiri Shopee Live Kpop Fest dengan mengadakan tayangan KCON:TACT 2020 Summer di Shopee Live dari 20 hingga 26 Jun. Pengguna Shopee dan peminat Kpop dapat menikmati hiburan tanpa henti selama tujuh hari berturut-turut, termasuk konsert secara langsung dan temu bual bersama beberapa bintang Kpop terbesar di dunia.

Nantikan maklumat terkini mengenai KCON:TACT 2020 Summer dan Shopee Live Kpop Fest di https://shopee.com.my/m/live-kpopfest-2020

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page