top of page

SHOPEE LANCAR KAD KREDIT DENGAN KERJASAMA MAYBANK DAN VISA


Platform e-dagang no.1 Malaysia, Shopee, menjalin kerjasama dengan syarikat perkhidmatan kewangan terbesar Malaysia, Maybank dan peneraju pembayaran digital dunia, Visa untuk memperkenalkan satu-satunya kad gaya hidup dan e-dagang Platinum yang diperlukan oleh rakyat Malaysia, iaitu Kad Kredit Maybank Shopee.


Kad Kredit Maybank Shopee ini dilancarkan tepat pada masa ketika lebih ramai rakyat Malaysia beralih kepada e-dagang untuk mendapatkan barangan keperluan mereka. Pengguna Shopee kini meluangkan secara purata 20% lebih banyak masa di platform tersebut dalam masa seminggu. Oleh itu, Shopee, Maybank dan Visa telah bekerjasama untuk melancarkan kad kredit berjenama Maybank dan Shopee yang memenuhi keperluan pengguna pada masa ini sambil memulangkan lebih banyak manfaat kepada rakyat Malaysia.


Pengguna kad baharu ini akan menerima ganjaran 'Shopee Coins' untuk semua perbelanjaan mereka sama ada di atas talian mahupun di luar talian, dan pada bila-bila masa atau di mana jua. Pemegang kad ini juga akan mendapat lebih banyak ganjaran apabila mereka berbelanja semasa kempen terpilih Shopee serta pada 28 haribulan setiap bulan di mana mereka akan menerima 5x Shopee Coins untuk semua pembelian di Shopee; 4x 'Shopee Coins' untuk pembayaran makanan, hiburan dan pembayaran tanpa sentuh, dan 1x 'Shopee Coins' untuk semua transaksi lain apabila mereka menggunakan kad ini.

'Shopee Coins' yang dikumpul membolehkan pengguna berjimat dalam pembelian masa depan di platform ini, dan menebus baucar termasuk baucar makanan dan minuman serta perkhidmatan daripada ciri 'Daily Coins Rewards' di aplikasi tersebut. Lebih daripada itu, pengumpulan melebihi 5,000 'Shopee Coins' setiap bulan akan diberi ganjaran dalam bentuk Maybank TreatsPoints yang boleh digunakan oleh pemegang kad untuk menebus hadiah dari Maybank.


(dari kiri) Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa Malaysia, B.Ravintharan, Naib Presiden Eksekutif Kanan, Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan Maybank, Dato 'John Chong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank dan Lok Weng Lum, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia melancarkan Kad Kredit Maybank Shopee.

 

Dato' John Chong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank berkata, "Sebagai peneraju perniagaan kad kredit di Malaysia, kami sentiasa mencari peluang untuk memperluaskan lagi pelbagai tawaran kami bagi memenuhi gaya hidup pelanggan yang kian berkembang. Mengikut data kami, pengebilan kad di platform e-dagang meningkat sebanyak 43% antara tahun 2017 dan 2019 dan ini menunjukkan bahawa peralihan ke arah membeli-belah atas talian semakin signifikan. Kerjasama dengan Shopee ini akan membolehkan kami memberi lebih ganjaran kepada pelanggan kami, di samping memanfaatkan perkembangan sektor e-dagang di Malaysia bagi mengukuhkan lagi kedudukan terunggul kami dalam segmen kredit kad. Dengan tawaran unik Maybank Shopee Credit Card ini serta penggunaan e-dagang yang semakin meningkat, kami menjangka kad ini akan menjadi pilihan popular dalam kalangan pembeli Malaysia dan menjangkakan pendaftaran yang tinggi."


Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa Malaysia berkata, “Sejak beberapa tahun lepas, lebih ramai rakyat Malaysia mula berbelanja atas talian dan trend ini semakin meningkat, kerana mereka harus duduk di rumah, seterusnya menjadikannya satu kebiasaan baharu. Malah, berdasarkan data kami, e-dagang sedang berkembang lima kali lebih pantas berbanding membeli-belah secara bersemuka. Kami juga mendapati bahawa satu daripada lapan pemegang kad Visa aktif yang tidak menggunakan e-dagang tahun lalu telah membuat pembelian atas talian pertama mereka tahun ini. Kategori paling popular merangkumi barangan dan perkhidmatan penting dan pembelian runcit. Pelancaran Maybank Shopee Credit Card sangat tepat pada masanya dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan syarikat perbankan dan syarikat e-dagang terbesar di Malaysia demi memacu penggunaan pembayaran digital di negara ini. Peranan kami adalah untuk bekerjasama dengan rakan kongsi kami bagi memastikan rakyat Malaysia mempunyai pengalaman membeli-belah atas talian yang lancar dan selamat agar mereka dapat membeli-belah dan membayar dengan yakin."

“Shopee sebagai sebuah perniagaan sentiasa berusaha memberi impak signifikan kepada komuniti lokal melalui kempen dan kolaborasi kami dengan pelbagai pihak berkepentingan. Kerjasama dengan Maybank dan Visa ini bertujuan membantu rakyat Malaysia yang berdepan dengan kenaikan kos sara hidup dalam tekanan sosio-ekonomi yang diwujudkan oleh Covid-19 kerana ia menawarkan rebat tunai dalam bentuk Shopee Coins dan banyak lagi untuk semua perbelanjaan di Shopee dan perbelanjaan luar talian. Kad ini direka untuk memenuhi keperluan pengguna hari ini di mana lebih ramai yang bergantung pada e-dagang termasuk untuk mendapatkan barangan keperluan asas, barangan keperluan harian dan barangan keperluan rumah. Jika kita bandingkan dengan tahun-tahun yang lalu, pengguna hanya akan membeli barangan secara atas talian jika mereka tidak dapat mendapatkannya secara luar talian. Pelancaran kad ini sememangnya merupakan detik bermakna bagi kami kerana ia sejajar dengan komitmen kami untuk menggunakan teknologi kami bagi menambah baik kehidupan rakyat Malaysia dengan akses, kemudahan dan nilai yang lebih hebat,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Rakyat Malaysia, berumur antara 21 dan 65 tahun, boleh memohon untuk kad tersebut mulai 1 Julai. Pengecualian yuran tahunan seumur hidup juga ditawarkan untuk kad tersebut. Mereka yang berpendapatan tahunan sebanyak RM36,000 layak mendaftar, dan pemohon yang berjaya akan menerima ganjaran 5,000 Shopee Coins apabila mereka membelanjakan sebanyak RM300 dalam tempoh 60 hari. Memandangkan pelancaran Kad Kredit Maybank Shopee adalah sebahagian daripada '7.7 Mid Year Sale' yang sedang berlangsung hingga 7 Julai, mereka yang mendaftar awal untuk kad tersebut pada 7 Julai atau sebelumnya akan menerima baucar Shopee bernilai RM500 apabila mereka membelanjakan sebanyak RM300 dalam masa 45 hari, tertakluk kepada terma dan syarat.


Tambahan lagi, 7.7 Mid Year Sale memberikan pulangan tunai '50% Coins Cashback' kepada semua pengguna Shopee setiap hari. Pengguna juga berpeluang memenangi hingga tujuh juta Shopee Coins dengan bermain 'Shopee Claw', 'Shopee Candy', 'Shopee Garden', 'Shopee Poly', 'Shopee Dance' dan banyak lagi. Di samping itu, kempen ini memberi tawaran daripada serendah RM0.77 semasa jualan kilat 'Shocking Sale' yang ditingkatkan pada 7 Julai, dan perbelanjaan minimum yang direndahkan kepada RM10 untuk menikmati penghantaran percuma dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.


Bersempena pelancaran Kad Kredit Maybank Shopee, Shopee dan Maybank akan mempersembahkan 'Shopee 7.7 Maybank Concert' yang akan memberikan hiburan kepada penonton di rumah. Konsert ini akan berlangsung dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam pada 6 Julai, melalui Shopee Live, Astro Prima dan YouTube. Acara ini akan menampilkan persembahan oleh beberapa selebriti termasuk Adira Suhaimi, Awal Ashaari, Hael Husaini, Jaclyn Victor, Nabila Razali, Naim Daniel, Sherry Alhadad, Yonnyboii dan Zizi Kirana. Mereka juga akan mengambil bahagian dalam beberapa Shopee Games sementara hadiah baucar akan diberikan secara berkala kepada penonton yang menonton di ketiga-tiga platform tersebut.


Untuk mengetahui bagaimana anda boleh memohon untuk Kad Kredit Maybank Shopee , kunjungi https://shopee.com.my/m/maybank-shopee-credit-card.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai '7.7 Mid Year Sale Shopee', kunjungi https://shopee.com.my/77.

Tags:

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page