top of page

NEETA MANISHA TAMPIL DENGAN SINGLE TERBARU "HANYA MIMPI"


Setelah kejayaan 'single' solo pertama pada tahun 2019, kini penyanyi Kumpulan IamNeeta, Neeta atau nama sebenarnya Neeta Manisha meneruskan projek solo keduan beliau dengan melancarkan 'single' terbaru beliau yang berjudul "Hanya Mimpi" dibawah naungan NAR Records Sdn Bhd.


Masih lagi mengekalkan judul mimpi di dalam single terbaru, Neeta berkata lagu ini adalah kesinambungan kepada 'single' solo' pertama beliau yang berjudul "Ruang Mimpi".


"Kalau dulu lagu "Ruang Mimpi" mengisahkan tentang perasaan jatuh cinta kepada seseorang, tapi untuk "Hanya Mimpi ini, orang yang dicintai dalam Ruang Mimpi tu rupanya telah dimiliki dan harus dilepaskan dengan rela," ujar Neeta.


Masih lagi mengekalkan komposer dan penulis lirik yang sama, Becky Zulkepli, Neeta berharap agar single solo keduanya ini mendapat tempat dihati pendengar seperti mana sambutan yang di terima untuk single pertamanya dahulu.


"Sepatutnya lagu ini telah dilancarkan lebih awal tetapi sewaktu fasa pertama merakamkan lagu ini, kita seluruh rakyat Malaysia terpaksa akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan dalam usaha membendung wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia, dan saya berharap ada hikmah disebalik penundaan tersebut," sambung Neeta.


Sementara itu jelas Neeta pembikinan video muzik untuk single terbaharunya ini disiapkan dalam tempoh satu hari. Untuk kali ini Neeta serta pihak pengurusnya telah memilih Sky Mirror, Kuala Selangor sebagai lokasi pembikinan video muzik tersebut.


Neeta juga turut menjelaskan bahawa kumpulannya iaitu IamNEETA masih lagi ada dan berehat sebentar bagi memberi laluan kepada hal tersendiri ahli-ahli yang lain. Neeta juga turut memaklumkan yang mereka bakal melancarkan single terbaharu sedikit masa lagi bagi mengubat kerinduan peminat-peminat mereka.


"Kami masih bersama dan masih utuh dansekarang sedang menjalani proses pemilihan lagu untuk single terbaharu kumpulan kami," kata Neeta sebelum mengakhiri sesi temubual bersama wakil media yang hadir pada majlis pelancaran tersebut. "Hanya Mimpi" boleh didengar dan dimuat turun diseluruh plaform digital seluruh Malaysia bermula 17 Julai 2020.



 

Judul: Hanya Mimpi

Penyanyi: Neeta Manisha

Komposer / Lirik Becky Zulkepli

Tak pernah ku mengerti

Apa yang telah terjadi dalam hati

Kau hadir di saat ku telah lelah cinta

Namun kau berikan ku cinta

Kini ku harus memendam rasa

Kerna itulah yang terbaik untuk kita

Namun percayalah kau selalu di hati

Meski raga tak bisa memiliki

Dan kini ku sedari

Kau hanya mimpi yang aku miliki

Kernanya kini masih mengharapkanmu

Di saat hati memilihmu

Kini ku harus memendam rasa

Kerna itulah yang terbaik untuk kita

Namun percayalah kau selalu di hati

Meski raga tak memiliki

Kini ku harus memendam rasa

Kerna itulah yang terbaik untuk kita

Namun percayalah kau selalu di hati

Meski raga tak memiliki

Kini ku harus memendam rasa

Kerna itulah yang terbaik untuk kita

Namun percayalah kau selalu di hati

Meski raga tak memilikiMeski raga tak memiliki

Meski raga tak memiliki…

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page