top of page

ABSOLUT TALENTS & MANAGEMENT TAWAR 10 KEISTIMEWAAN SEBAGAI TALENT

Baru-baru ini telah diadakan satu majlis untuk memperkenalkan secara rasmi barisan selebrirti yang bernaung di bawah syarikat Absolut Talents & Management (Absolut Management) serta majlis menandatangani kontrak perjanjian diantara pihak pengurusan, selebiriti dan juga rakan penaja.


Para selebriti, model, figura media sosial seperti Nadiyah Shahab. Ikmal Amry, Oktovia Manrose, Scha Elinnea, Nabil Aqil, Najla Shamsul, Harris Annuar , Aisar Khaleed, Nurin Afiqah dan Yasmine Ow.


Foto Ben Ali (Foto 6 dari kiri) merupakan Pengasas Bersama Absolut Management bersama barisan talent syarikat.



''...Kami merekrut bakat-bakat baharu yang masih segar serta sedang meningkat naik, objektif penubuhan Absolut Management adalah untuk menjadi sebuah syarikat pengurusan selebriti yang lebih fokus kearah pembangunan serta pembentukan karier dari peringkat awal yang lebih menyeluruh..'' Ujar Ben Ali.


Beliau turut menambah ,'...menyedari akan kepentingan menjaga kebajikan para selebriti, pihak pengurusan Absolut Management mengambil initiatif dengan memperkenalkan 10 keistimewaan yang bakal kami praktikkan selama tempoh mereka bersama kami sebagai artis sepenuh masa...'


10 keistimewaan tersebut adalah seperti berikut;

I. Memberikan perlindungan insuran dengan kerjasama Agensi Imtiyaz Consultancy.

II. Menyediakan slip gaji bulanan bagi tujuan memudahkan urusan pembelian kereta, rumah dan sebagainya.

III. Menyediakan jurugambar atau juruvideo untuk tujuan kerja atau menghadiri acara.

IV. Menyediakan “comp cards”, “talent profile’’ , “business card’’ dan “rate card”.

V. Menguruskan jadual dan kalendar serta meletakkan “Key Performance Index (KPI)’ untuk setiap selebriti.

VI. Menyediakan “Public Relations” (PR) mewakili selebriti untuk menghadiri acara.

VII. Membantu mendapatkan Pembantu Peribadi , Jurumekap dan juga ‘’stylist’’ sekiranya diperlukan.

VIII. Menghantar ke Kelas Lakonan , Pengacaraan , Vokal atau Gym mengikut kriteria dan minat selebriti.

IX. Mengadakan Program “Internship” Lakonan dengan kerjasama beberapa buah produksi tempatan.

X. Mendapatkan serta sentiasa mencari peluang penajaan , “endorsement” , promosi iklan di media sosial dan juga lakonan.

''...Adalah menjadi tanggungjawab kami selaku pihak pengurusan untuk cuba melonjakkan lagi nama selebriti-selebriti kami ini di dalam industri hiburan tanah air selama tempoh mereka berada dibawah naungan kami...'' Ujar beliau lagi. MYBUZZ!





Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page