DAZRIN KAMARUDDIN TERAJUI INOVASI AL AQSA CARPET
Al-Aqsa Carpets kini maju setapak lagi dengan pembukaan cawangan terbaru mereka iaitu Al-Aqsa Pusat Penghabisan Stok (AQSA PPS) yang bertempat di Desa Latania, Seksyen 36 Shah Alam. Pusat Penghabisan Stok ini lebih tertumpu kepada produk-produk seperti permaidani, mink, rugs, alas kaki serta pelbgai aksesori tambahan untuk ruangan dan pejabat.
Majlis perasmian AQSA PPS telah disempurnakan dengan acara memotong riben oleh YAM Tengku Temenggong Perlis Dato' Putra Jamalullail dan YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din.
Disebalik kejayaan yang di kecapi Al-Aqsa Carpet sehingga kini merupakan usaha keras yang dicurahkan oleh selebriti serba boleh, Dazrin Kamarudin yang merupakan Pengarah Urusan Inovasi di Al-Aqsa Carpets. Tidak kekok menyumbang idea baru dan bernas, Dazrin berusaha mempromosikan secara lansung dan tidak lansung maklumat mengenai perniagaan, produk serta perkhidmatan yang disediakan oleh Al-Aqsa Carpet kepada pelanggan.
Bercerita lanjut kepada pihak media sejurus pelancaran Aqsa PPS, menurut Dazrin beliau bermula hanya sebagai duta. Selama dua tahun beliau banyak berkongsi input positif serta idea inovatif bersama pengurusan Al-Aqsa Carpet tentang bagaimana untuk mengembangkan lagi pasaran khususnya dalam bidang promosi melalui teknik pemasaran terkini.Disebabkan kepetahan serta ilmu yang luas yang dimiliki oleh Dazrin Kamarudin, pihak pengurusan Al-Aqsa akhirnya melantik beliau untuk menerajui bahagian inovasi di Al-Aqsa Carpets.
Dazrin Kamaruddin selaku Pengarah Urusan Inovasi di Al Aqsa Carpets
Sehingga kini pelbagai bentuk inovasi telah diperkenalkan oleh Dazrin dalam usaha mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Al-Aqsa Carpets. Selangkah kehadapan Dazrin kini sedang membangunkan saluran Youtube , Al-Aqsa Carpet DIY TV. Di saluran ini, Dazrin berkongsi khusus dengan mereka yang meminati hiasan dalaman yang mahukan maklumat lanjut mengenai produk, cara pemasangan alatan serta karpet serta idea terkini dalam hiasan dalaman. Menerusi video-video tersebut penonton akan dapat berinteraksi terus dengannya secara interaktif.
Al-Aqsa Carpets merupakan sebuah entiti perniagaan 100% pemilikan Muslim yang beroperasi lebih dari 50 tahun yang menjurus kepada aktiviti pengeluaran, pembekalan dan penjualan pelbagai barangan muslim dan halal terutama segmen permaidani masjid yang terbesar di Malaysia.
Berkonsepkan "Tayyibun" yang bermaksud amanah dan halal, Al-Aqsa Carpets mendukung teras perniagaan amanah serta produk yang dijamin halal serta berkualiti tinggi. Dengan tagline "Barang Berkualiti Tinggi Dengan Harga Kilang", pelanggan yang berurusan disini tidak perlu ragu-ragu berbelanja di sini kerana Al-Aqsa Carpets mengutama dan mementingkan produk yang berkualiti tinggi dan meletakkan harga terendah serta mampu milik agar pelanggan dapat merasai pelbagai jenis produk dan perkihdmatan yang ditawarkan pada harga kilang.
Menjelas lanjut kepada media, Dazrin memberitahu Al-Aqsa Carpets menjalankan perniagaan secara "Ma Naa' An Bayul Majhul" , iaitu bersifat telus, tiada sebarang penipuan, tiada caj berlebihan atau 'harga bawah meja' untuk setiap pelanggan yang datang. Pelanggan digalakkan untuk hadir sendiri ke cawangan Al-Aqsa Carpets untuk merasai sendiri sesuatu produk tersebut dengan menyentuh dan memijak sesebuah permaidani itu sebelum membelinya. Dengan kata lain ini akan membuat pelanggan berpuas hati dan yakin sebelum membuat pembelian.
Selain itu di Al-Aqsa Carpets, mereka memperaktikkan "Hubbul Muslimin Hubbul Islam", iaitu rasa cinta dan prihatin kepada setiap pelanggan, termasuk yang bukan Islam. Setiap pelanggan yang hadir ke cawagan mereka akan dilayan sama rata dari segi perkhidmatan, harga dan kualiti produk yang dijual.
Pembukaan Al-Aqsa Pusat Penghabisan Stok (AQSA PPS) ini adalah selaras dengan misi dan visi Al Aqsa Carpets untuk memberikan pelbagai pilihan produk berkualiti tinggi dengan harga kilang kepda semua pelanggan. Dengan keluasan ruang pameran berhawa dingin serta susun atur yang kemas dan mesra pelanggan, Al-Aqsa Carpets berharap akan menjadi pusat sehenti permaidaini pilihan rakyat Malaysia.