30 WANITA DICARI UNTUK SERTAI PROGRAM 'MENCARI WAJAH KAMYA'
Kamya Glow, jenama eksklusif yang menghasilkan produk kesihatan berasaskan minuman yang dihasilkan dari bahan premium yang menjanjikan kebaikan terhadap kesihatan, kecantikan dan bekalan tenaga yang terbaik khusus buat para wanita baru baru ini melancarkan program 'Mencari Wajah Kamya', bertempat di ibu pejabat Kamya Glow di Bukit Jelutong, Selangor.
Melalui program tersebut, 30 orang pengguna akan dipilih untuk menggunakan produk Kamya Glow selama sebulan secara percuma. 10 pengguna bertuah akan memenangi hadiah berbentuk emas (gold bar), baucar membeli-belah dan hadiah utama berupa percutian ke Langkawi yang akan ditaja oleh Kamya Glow.
Menurut pengasasnya, Puan Erna Elliyana, program tersebut bertujuan untuk pengukuhan pemasaran jenama produk Kamya Glow serta untuk membina keyakinan pengguna melalui testimoni yang dikeluarkan oleh pengguna Kamya Glow sendiri dengan penggunaan yang berterusan.
Pada majlis tersebut juga, turut diadakan majlis memerterai perjanjian diantara penyanyi popular, Datin Alyah dan Kamya Glow sebagai duta jenama tersebut. Majlis menandatangani perjanjian ini merupakan satu langkah mengembangkan kolaborasi perniagaan Datin Alyah bersama Kamya Glow di dalam bidang kecantikkan dan kesihatan. Turut dilantik sebagai duta adalah Da'i Syed serta pengaca majlis tersohor Malaysia, Viviana Abdullah selaku 'Official Influencer' jenama tersebut.
Mengulas mengenai kolaborasi ini, Datin Alyah tertarik dengan produk Kamya Glow kerana penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan mempunyai potensi untuk menjadi salah satu perniagaan yang berjaya.
"Saya percaya bahawa semua insan suka akan kecantikkan. Oleh itu, kandungan yang ada di dalam Kamya Glow seperti ekstrak camu-camu, epal, strawberi, delima dan diperkukuhkan lagi dengan astaxanthin, cerepron-F dan kolagen marin dapat membantu menyelesaikan masalah kulit kusam, jeragat, jerawat, parut hitam dan sebagainya", jelas Datin Alyah
Datin Alyah juga menyatakan bahawa, beliau dan pihak syarikat membuka peluang kepada mana-mana rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengambil peluang meningkatkan pendapatan menerusi program “dropship” dan ejen yang sedia ada. Semua jualan dilakukan di laman sesawang www.kamya.my atau berhubung terus ditalian 012-299 3097 untuk pertanyaan lanjut. Kamya Glow juga akan mengadakan promosi jualan akhir tahun pada bulan Disember nanti.
Ditanya mengenai perkembangan terbaru, beliau menerima banyak maklumbalas dan permintaan selepas lagu “Thank You Allah” dilancarkan dan mendapat 4 juta tontonan di YouTube. Majoriti peminat-peminat Datin Alyah meminta beliau untuk menerbitkan lagi banyak lagu-lagu untuk masa akan datang. Demi memenuhi permintaan para peminat beliau, satu single terbaru akan dilancarkan pada awal tahun depan khas untuk semua peminta-peminat Datin Alyah.
Selain daripada Datin Alyah, selebriti lain seperti Nita Hamzah, Ayu Damit, Da’i Syed, Viviana Abdullah, Aidil Maula, termasuk juga pemain bola jaring kebangsaan Fariha Razak dan An Najwa turut ada menjayakan majlis pada malam tersebut.
ความคิดเห็น