top of page

AFIEQ SHAZWAN RAKAM SEMULA LAGU 'LAYU DIHUJUNG MEKAR'



Selepas kejayaan lagu 'Malam Semakin Dingin' yang dirakamkan semula secara duet bersama Tajul, viral dan telah berjaya meraih hampir 15 juta tontonan di saluran Youtube rasmi FMC MUSIC setelah di lancarkan 2 bulan yang lalu, Afieq Shazwan kembali lagi dengan buah tangan terbaru.


Kali ini lagu 'Layu Di Hujung Mekar' yang pernah di popularkan oleh kumpulan RIO, kini kembali menghantui telinga pendengar apabila ia dinyanyikan semula dalam rakaman baru oleh Afieq Shazwan. Setelah 4 hari di lancarkan di Youtube rasmi FMC Music jumlah tontonan video muzik tersebut kini hampir mencecah bilangan 500 ribu tontonan dan telah pun trending.

“Alhamdulillah saya bersyukur percubaan saya menyanyikan kembali lagu – lagu berhantu tahun 90an mendapat sambutan dan sokongan dari pencinta muzik tanah air. Saya rasa sangat gembira. Selain saya minat lagu – lagu ini, saya juga dapat menonjolkan kelainan dan kemampuan vokal saya menyanyikan lagu – lagu balada dan bernada tinggi," jelas Afieq.


“Asalnya saya nyanyi lagu ni suka – suka sahaja. Dan ketika nyanyi lagu ni saya record dan siarkan di IG Story. Maklum balas dari pengikut IG serta peminat sangat positif dan mereka minta Afieq buat lagi lagu – lagu cover ni. Sebenarnya lepas post lagu ni di IG storyy baru Afieq tahu lagu ini juga di terbitkan oleh syarikat rakaman FMC Music juga. So bila berbincang dengan FMC Music, kami bersepakat untuk record semula lagu ini," tambah Afieq.


“Setelah melihat sendiri impak 'Malam Semakin Dingin' dan 'Layu Di Hujung Mekar', saya yakin dan percaya bahawa sebenarnya selera pendengar dan penggemar muzik di Malaysia kini masih lagi sukakan genre lagu – lagu yang sebegini.


"Buktinya bila lagu ini dilancarkan ramai yang DM saya bagi sokongan dan mereka menyatakan bahawa lagu – lagu sebegini sedap didengar dan malar segar. Dan mereka mahukan banyak lagi. Kalau kita pergi ke pusat karaoke pun kebanyakan mereka yang berkunjung ke situ akan memilih lagu – lagu yang sebegini untuk dinyanyikan betu tak ? “.


“Saya berterima kasih kepada FMC Music kerana percayakan bakat saya, dan saya juga turut berterima kasih pada semua yang menyokong kerjaya nyanyian saya. Doakan semoga saya terus sukses dan dapat melebarkan sayap kerjaya saya sebagai penyanyi dan pelakon," ujar Afieq lanjut.



Lagu 'Layu Dihujung Mekar' versi Afieq Shazwan telah dilancarkan di saluran Youtube rasmi FMC MUSIC serta semua platform penstriman muzik pada 26 November 2021 yang lalu.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page