AKHIRNYA BERCERAI, ALIFF AZIZ & BELLA ASTILLAH
Kemelut rumah tangga pasangan sensasi dan kontroversi Selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi tadi.
Hampir setahun kisah rumah tangga mereka ibarat retak kaca menunggu belah ini sering menjadi tatapan media dengan pelbagai isu bermula di bilik Karaoke sehingga tersebarnya gambar Aliff bersama minah Tik Tok akhirnya berkeputusan.
Bella Astillah menerusi lama instagram berkata ..’mungkin sampai sini sahaja jodoh saya dengan Aliff..’
Aliff Aziz dan Bella Atillah telah mendirikan rumah tangga pada 9 Sepember 2016 serta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ayden yang kini berusia 2 tahun.
MB doakan semua ini ada hikmah disebalik apa yang berlaku.MYBUZZ!
Comments