top of page

APLIKASI MYCAR KINI BERALIH KE MYCAR 3.O



MyCar adalah syarikat e-hailing kedua terbesar selepas Grab, bakal menarik kembali sepenuhnya aplikasi MyCar SuperApps yang mereka lancarkan pada Ogos 2020 yang lepas dari platform Google Apps Stor dan Apple Store. Ini adalah berikutan beberapa masalah fungsi utama di dalam aplikasi MyCar Superapps itu .

Aplikasi SuperApps tersebut akan di gantikan dengan MyCar 3.0 yang telah di reka dan bangunkan sendiri oleh MyCar, dengan menggunakan 100% kemahiran graduan kejuruteraan perisian tempatan. Malahan dengan kejayaan terciptanya aplikasi MyCar 3.0 ini, MyCar mensasarkan untuk menjadi 'UNICORN gig' ekonomi pertama dari Malaysia untuk Rantau Asia Tenggara.

Malahan, dengan kebolehan MyCar sebelum ini yang mampu mengendalikan 60000 tempahan dalam satu hari sebelum ini, di jangakan akan memberikan satu persaingan yang sihat kepada pencabar yang lebih besar namanya, seperti Grab.

MyCar juga memaklumkan fokus utama perkhidmatan mereka adalah e-hailing dan penghantaran barangan sahaja dalam tempoh 6 bulan awal, dan mempelbagaikan jenis modul perkhidmatan terutama e-hailing untuk pelajar sekolah dan korporat, yang di kenali sebagai MyCar For School dan MyCar For Business.

Antara kelebihan-kelebihan yang ada dalam MyCar 3.0 adalah tawaran hadiah kepada pengguna yang mempromosikan aplikasi MyCar 3.0 kepada rakan-rakan mereka. MyCar 3.0 juga akan memberikan lebih banyak cara bayaran melalui e-wallet dan tanpa tunai. MyCar 3.0 ini juga mudah di gunakan dan mampu menarik lebih ramai pemandu untuk memberikan perkhidmatan mereka serta komisin yang rendah untuk pemandu.

Dengan membangunkan logik algoritma yang di bina oleh MyCar sendiri, di jangkakan MyCar mampu menawarkan lebih banyak tawaran yang lebih menarik di dalam aplikasi (in-app) dan boleh di tebus terus dengan hadiah-hadiah yang menarik di restoran makanan segera, kedai pelbagai guna, farmasi dan pusat membeli belah yang terkenal dengan menggunakan app 3.0 ini.


MyCar 3.0 di lancarkan pada 3 hb 3 2021 dengan tema 3.3.3 oleh Timbalan Menteri Sains,Teknologi Dan Inovasi, YB DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN MOHAMED @ HASHIM . Orang ramai di minta untuk menyahturun (uninstall) aplikasi MyCar 1.0 dan MyCar SuperApp (2.0) sebelum ini dan download semula (re-install) semula MyCar 3.0 yang baru ini.



Comments


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page