BERAS ASHRAFFI, PENGGUNA ISLAM MESTI PILIH SAMBIL MENDERMA
![](https://static.wixstatic.com/media/50a2d9_37df5a1d368b403d814fdf56147b848e~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_606,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/50a2d9_37df5a1d368b403d814fdf56147b848e~mv2.jpg)
Suci, berkualiti dan sedap dinikmati, ia merupakan slogan Beras Ashraffi yang telah dilancarkan baru-baru ini.
Diasaskan oleh Ustaz Dr Mohd Ashraf bin Suarin, 38, nekad untuk mengeluarkan makanan ruji ini sebagai satu ibadah fardu kifayah bagi membolehkan masyarakat mendapatkan makanan yang halalantoiyiba, bersih tanpa diragui.
Projek Beras Ashraffi adalah projek usaha sama Pondok Motivasi Sdn Bhd dan Enigma Food Technology.
Ustaz Mohd Ashraff juga merupakan pendakwah bebas dan pengasas sekolah tahfiz, PondokMotivasi Tahfiz Hamlatul Qur’an (PMTHQ), Tanjong Karang.
Ustaz Mohd Ashraf berkata, beliau bekerja dengan niat kerana Allah SWT dan berhasrat untuk membantu golongan yang memerlukan sama ada dari kalangan asnaf, anak yatim dan anak-anak tahfiz.
Bertepatan itu, beliau merealisasikan impiannya dengan menaja rancangan Yadul Ulya, iaitusebuah rancangan berbentuk CSR yang sudahpun menjalani rakaman mendekati golongan Orang Asli di Genting Peras dan membantu asnaf fakir miskin di Sungai Besar.
Selain itu juga ia adalah bertujuan sebagai salah satu punca pendapatan untuk menampung perbelanjaan pelajar tahfiz di PMTHQ yang kebanyakan daripada golongan anak yatim dan asnaf.
![](https://static.wixstatic.com/media/50a2d9_e03b1335b6e146bdbf969bfea6b30219~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_609,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/50a2d9_e03b1335b6e146bdbf969bfea6b30219~mv2.jpg)
Turut hadir barisan selebriti nasyid tanah air iaitu Kumpulan Hijjaz, Fitri Haris dan ramai lagi.
Hadir sama pelakon atau pelawak tanah air, Ebby Yus yang juga bertindak sebagai penyelaras projek.
Beliau juga menjadi pengedar untuk maahad-maahad tahfiz lain mendapatkan makanan ruji ini kerana menerusi penelitian beliau, kebanyakan pengeluar beras terdiri daripada kaum bukan islam.
Kini beras boleh didapati di lebih 70 buah kedai di sekitar Lembah Kelang. Berikut harga runcit setiap jenis Beras Ashraffi untuk rujukan anda:
Beras Putih Ashraffi: 1KG - RM4 5KG - RM20 10KG - RM40 Beras Basmathi Pusa 1401 Ashraffi: 1KG - RM14 5KG - RM70
Justeru itu beliau nekad mengeluarkan beras jenama sendiri yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya.
Beliau juga menyarankan agar semua umatIslam hidup bersatu padu supaya tidak mudah ditindas oleh bangsa lain serta
memajukanmasyarakat Islam ke satu tahap yang lebih tinggi.
Comments