top of page

BLACK G OPTIMIS TINJAU PASARAN ANTARABANGSA, JALIN KERJASAMA BERSAMA SHOPEE DAN DYNAS MOKTAR



Pengeluar produk makanan kesihatan berasaskan kunyit hitam dibawah jenama Black G Nutrima, Black G Sdn Bhd semalam mengumumkan kerjasama bersama platform jualan dalam talian terkemuka, Shopee dan selebriti terkenal Dynas Mokhtar selaku rakan kongsi sebagai usaha terbaru mereka mengembang serta mengukuhkan lagi pasaran produk Black G dipasaran Malaysia.


Di sorot kembali, Black G Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 2016 bermula dengan usaha awal untuk menghasilkan dan menjual produk berasaskan kunyit hitam secara kecil-kecilan iaitu Black Ginger atau Black G.


Ketika minat dan permintaan meningkat, jelas untuk mempelbagaikan produk diperlukan dan kerjasama strategik dijalin untuk mengembangkan bahan dasar. Pembabitan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) turut memainkan peranan penting untuk menjayakan apa yang sedang diusahakan.


Kerjasama itu bagi memastikan bahawa semua produk Black G bebas dari bahan buatan dan terlarang sekaligus berjaya mendapatkan sijil perakuan Halal. Produk Black G sangat terkenal dalam industri dan sudah memperoleh banyak pengiktirafan serta anugerah. Ini membuktikan keberkesanan kualiti produk dihasilkan.


Menurut Dynas, pembabitannya bagi membolehkan dia dan rakan perniagannya, Mohamad Mughniy Mohamad, 33, selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan berkongsi idea dari segi pemasaran dan penjualan.


“Produk kami dirumuskan melalui proses penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang meluas oleh saintis dan profesional yang diperakui untuk memastikan keselamatannya dari formulasi hingga tahap dos.


“Dari segi kerjasama dengan syarikat Black G Sdn Bhd pula, idea tercetus kerana saya dan Mughniy atau Mune pernah bekerjasama pada 2016 menerusi perniagaan Restoran Eat With Mune. Keserasian yang wujud antara kami mendorong kepada usaha melebarkan perniagaan dalam produk ini pula.


“Bukan sekadar mewakili jenama produk, tetapi saya sebagai rakan kongsi atau rakan perniagaan sekaligus kami dapat berkongsi idea dalam memberikan cadangan untuk pemasaran dan penjualan,” katanya.


Sementara itu, Mughniy berkata, menerusi produk Black G itu, mereka mempunyai rancangan masa hadapan.


“Selepas meraih lapan anugerah, produk kami terpilih untuk mewakili Malaysia dibawah kategori produk herba yang akan dipamerkan di Expo Dubai 2021/2022 tidak lama lagi.


“Insya-Allah kami akan memulakan pasaran di negara luar seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan China dalam masa terdekat ini. Sudah tentu kami juga menyasarkan untuk menembusi pasaran benua Eropah pada masa akan datang,” katanya.



Menariknya, tiga produk terlaris yang dipasarkan di bawah Black G Sdn Bhd iaitu Black G Capsule, Black G Plus Liquid dan Black G Coffee Original bakal dijual di laman membeli belah dalam talian terkemuka, Shopee bermula 21 November ini.


Mengulas mengenai kerjasama dengan platform membeli belah itu, Dynas berkata itu adalah kolaborasi pertama mereka.


“Shopee adalah langkah pertama untuk koloborasi ini. Banyak produk palsu dijual pada harga yang murah dan menyebabkan pihak Black G dan MARDI berhubung melalui anak guam Black G dan kemudian membuatkan solusi ini.


“Sebagai syarikat pengasas, kami adalah pemilik jenama Black G berdasarkan nama dagang atau ‘trademark’ yang sudah didaftarkan. Jadi, dengan dengan cara ini segala produk lain yang tidak dijual melalui Black G Official Shopee dan Official Flagship Store, akan dikeluarkan dari platform itu. Jadi dengan cara ini ia akan menjamin pembeli mendapat produk yang asli dan harga yang ditetapkan.


“Dan kebetulan pula saya adalah artis rasmi Shopee sejak beberapa tahun lalu. Perkara ini lebih membantu dari segi pemasaran eksklusif. Jadi pengguna boleh membeli produk Black G yang asli di Shopee di Official Flagship Store yang dipanggil Black G Nutrima by Dynas Mokhtar,” katanya.


Sementara itu, proses pembungkusan dan penghantaran produk akan diuruskan oleh rakan seperjuangan mereka, Zepto Express.


Kredit foto: FB/Black G Sdn Bhd

Comments


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page