top of page

BUDAK TEBING UNGGULI KETEGORI ANUGERAH PENJURIAN JURI PADA ANUGERAH DRAMA SANGAT 2021

DRAMA bersiri Budak Tebing terbitan Country Universal Sdn. Bhd mendominasi kategori anugerah penjurian oleh juri apabila dinobatkan sebagai pemenang bagi tiga kategori iaitu Drama Terbaik, Pengarah Terbaik dan Penulis Skrip Terbaik pada edisi sulung Anugerah Drama Sangat 2021 yang dianjurkan oleh stesen televisyen Media Prima Berhad, TV3 yang berlansung semalam di WTC Kuala Lumpur.



Pelakon Lelaki Terbaik FFM-31, Zul Ariffin dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik ADS 2021 menerusi drama adaptasi novel Ryan Aralyn. Manakala kategori Pelakon Wanita Terbaik pula dimenangi oleh Janna Nick menerusi drama adaptasi novel Misteri Mona. Sementara itu, pemenang ABPBH-34 dalam kategori Watak Antagonis Popular, LIza Abdullah turut mengulangi kejayaan apabila memenangi kategori Pelakon Antagonis Terbaik ADS 2021 menerusi drama adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku 2.


Format penjurian ADS 2021 dibahagikan kepada tiga kategori penjurian, dimana terdapat tiga kategori anugerah diadili berdasarkan penjurian sepenuhnya oleh juri sementara lima kategori anugerah lain melalui undian secara online oleh penonton, manakala tiga kategori anugerah lagi dilakukan secara hibrid dengan menggabungkan sebanyak 60 peratus markah daripada juri manakala 40 peratus daripada jumlah undian online oleh penonton.


SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH DRAMA SANGAT ADS 2021 UNTUK SETIAP KATEGORI :



Kategori Anugerah Penjurian Juri


Drama Terbaik - Budak Tebing, Country Universal Sdn. Bhd

Pengarah Terbaik - Feroz Kader, Budak Tebing

Penulis Skrip Terbaik - Janjira & PRGS Team (Budak Tebing)



Kategori Anugerah Penjurian Secara Hibrid (Juri & Online)


Pelakon Lelaki Terbaik - Zul Ariffin , Ryan Aralyn

Pelakon Wanita Terbaik - Janna Nick, Misteri Mona

Pelakon Antagonis Terbaik - Liza Abdullah, 7 Hari Mencintaiku 2



Kategori Anugerah Penjurian Secara Undian Online


Drama Popular - Melastik Ke Hatimu - Orange Tree Production Sdn. Bhd.

Pasangan Drama Terbaik - Shukri Yahaya & Siti Saleha, 7 Hari Mencintaiku 2

OST Terbaik - Mimpi , Haqiem Rusli , Badadari Salju

Drama Adaptasi Novel Terbaik - 7 Hari Mencintaiku 2 , Siti Rosmizah Semail (SR Publication)

Babak Tular Drama Terbaik - Kampung People 2 , KL Motion Pictures Company Sdn. Bhd.



ANUGERAH KHAS


Anugerah Khas Drama Mandarin Terbaik - Bonus Vacation , Sky Picture Sdn. Bhd.

Anugerah Khas Barisan Pelakon Terbaik Drama - Takdir Yang Tertulis, Radius One Sdn. Bhd.

Anugerah Bintang Pesona - Fauziah Dato' Ahmad Daud



Terdahulu, di atas faktor keselamatan, program Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) yang berlansung di World Trade Centre Kuala Lumpur semalam ditangguhkan ekoran insiden banjir kilat yang berlaku dibeberapa lokasi di ibu negara malam tadi.


Dengan penangguhan tersebut, penyampaian anugerah lima kategori lagi iaitu Anugerah Drama Popular, Anugerah Pesona Bintang, Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Drama Terbaik dan Anugerah Khas Barisan Pelakon Terbaik Drama telah diumumkan dalam program Melodi secara langsung pada hari Ahad jam 12 tengahari, 19 Disember 2021.



Anugerah Drama Sangat 2021 turut diserikan dengan persembahan oleh barisan penyanyi popular tanah air seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Misha Omar, Khai Bahar, Hael Husaini, Shiha Zikir dan ramai lagi.


ADS 2021 dianjurkan secara hibrid tanpa penonton dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dihoskan oleh gabungan pelakon dan pengacara popular Nabila Huda bersama Ain Edruce dengan bertemakan #lagidramalagirasa



Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page