top of page

COOLBLOG BUKA CAWANGAN KE-263 DI AMPANG POINT



Berita baik untuk penggemar jenama pencuci mulut dan minuman halal tempatan Coolblog, kini telah membuka cawangan mereka yang ke-263 di pusat membeli-belah Ampang Point minggu lalu. Pembukaan tersebut merupakan cawangan ke-16 yang dibuka pada tahun 2021 dengan 16 lagi buah cawangan tambahan yang akan dibuka pada akhir tahun ini.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog, Sueli Lew, "Coolblog komited untuk menyediakan minuman pencuci mulut yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan di kawasan berdekatan anda. Penampilan dan nuansa baru yang ditampilkan adalah sebahagian daripada inisiatif penyegaran jenama Coolblog untuk meningkatkan keterlihatan jenama, cawangan Ampang Point direka secara ergonomik untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan, menjadikan setiap kunjungan ke Coolblog adalah pengalaman yang menyeronokkan."


Majlis perasmian di Ampang Point telah disempurnakan oleh Y.A.M. Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pengerusi, Coolblog Dessert Sdn. Bhd semalam. Turut hadir ialah Datuk Dr. Radzali Hassan, Pengerusi, Persatuan Francais Malaysia (MFA), Dato’ Zahriah Abdul Kadir, Naib Pengerusi, MFA dan Encik Ahmad Faizal Mohamed Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, MFA.


(Dari kiri) Sueli Lew, Ketua Pegawai Eksekutif, Coolblog Dessert Sdn Bhd, Y.A.M. Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pengerusi, Coolblog Dessert Sdn. Bhd. dan Datuk Dr. Radzali Hassan, Pengerusi, Malaysian Franchise Association (MFA) merasmikan pembukaan Coolblog cawangan Ampang Point.

Sebagai sebuah jenama minuman pencuci mulut halal tempatan selama 15 tahun, Coolblog terus memberi tumpuan kepada produk dan pengalaman pelanggan, dan memastikan bahawa setiap cawangan beroperasi dengan selamat dengan pematuhan SOP yang ketat, dan tetap dapat diakses melalui penghantaran e-panggilan agar tetap dalam jangkauan semua pelanggan.


Coolblog terkenal berinovasi menghasilkan minuman dengan inspirasi tempatan dan antarabangsa untuk para pelanggan. Sebagai contoh, kolaborasi bersama FarmFresh untuk minuman kathira dan smoothie susu kurma pada bulan Ramadan yang lalu, serta smoothie perisa durian dan cendol sempena Hari Malaysia. Menjelang bulan november ini, Coolblog akan melancarkan smoothie buah-buahan bertenaga tinggi pertama bersama Red Bull.


Coolblog optimis dengan pelan untuk mengembangkan jenama tersebut dan memberi peluang mendekatkan diri kepada pelanggan setia mereka. Beberapa lokasi diseluruh negara telah dikenalpasti untuk pembukaan cawangan baharu selepas Ampang Point.


Bagi meraikan pembukaan di Ampang Point dan cawangan lain yang akan datang, pelanggan berpeluang memenangi hadiah dari cabutan bertuah “Prize Spinner” pada hari pembukaan. Hadiah yang bakal dimenangi termasuk baucar Coolblog, minuman percuma dan barangan menarik. Untuk tarikh dan maklumat pembukaan cawangan yang akan datang, sila kunjungi platform media sosial Coolblog @CoolblogMalaysia di laman Facebook dan Instagram.


Comments


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page