top of page

DAKWAH ZAYNE DALAM 'KAULAH CINTA'

Artis berkumpulan baru dalam genre Nasyid dan lagu ketuhanan yang menggelarkan diri mereka sebagai Zayne kini tampil dengan single penuh kedua mereka berjudul Kaulah Cinta.



Bagi yang masih belum mengenali Zayne, kumpulan ini dianggotai oleh 4 orang anak muda terdiri dari Matin Muzammil Mohd Ya'acob (25), Abdul Basit Zulkifli (26), Muhammad Furqan Fawwas Salleh Sani (23), dan Ahmad Naufal Azrin (22).


Zayne yang sebelum ini pernah mempertaruhkan lagu berjudul Rindu sebagai single pertama kemudian muncul dengan beberapa lagu rakaman semula atau cover version bersama artis tempatan yang lain, kini mempertaruhkan single terbaru mereka untuk mendapat tempat di hati peminat.


"Alhamdulillah, selepas hampir setahun tidak keluar dengan single penuh disebabkan kekangan wabak Covid-19, akhirnya kami berjaya juga melancarkan single kedua kami ini" Ujar Furqan sebagai ketua kumpulan Zayne.


"Kami sangat bertuah apabila kali ini diberi peluang berkolaborasi dengan label produksi arus perdana World Peace Entertainment yang menaungi artis-artis terkenal seperti Naim Daniel dan Ismail Izzani sebelum ini. Lagu yang diterbitkan bersama Inteam Digital dan World Peace ini bagi kami sangat sesuai dengan kami" tambah Mateen menjelaskan mengenai kerjasama antara Inteam Digital dan World Peace Entertainment bagi menerbitkan single Kaulah Cinta.


Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Shaqiel Naufal, Firdaus Rahmat & Mas Dewangga ini merupakan sebuah lagu bergenre pop yang berentak rancak dengan susunan muzik oleh Mas Dewangga. Menurut Firdaus Rahmat, selaku pencipta lagu, proses rakaman hanya mengambil masa 2 hingga 3 jam lebih untuk menyempurnakan lagu ‘’ Kaulah Cinta ‘’.


"Sebelum ini kami sudah keluar dengan single Rindu yang berentak agak perlahan dam sentimental serta beberapa lagu nyanyian semula, kali ini kami tampilkan single berentak agak rancak ini supaya lebih sesuai dengan jiwa remaja sambil menghayati mesej dari lagu ini" tambah Basit.


"Lirik Kaulah Cinta ini walaupun sekali dengar seperti cinta sesama manusia, hakikat sebenarnya ialah ia menyentuh soal cinta teragung iaitu Cinta Pencipta iaitu Tuhan Yang Maha Esa. Video klip yang kami rakamkan di Hotel Mandarin Kuala Lumpur dan sekitarnya juga membawa mesej walau apa yang kita lakukan, kita mesti sentiasa melaksanakan kewajipan kita kepada Ilahi" ujar Naufal menerangkan mesej yang hendak disampaikan melalui lagu ini.



Lagu Kaulah Cinta yang telah pun sebulan dilancarkan kini berada di seluruh platform digital seperti Youtube Inteam Digital, Spotify, Deezer, KKBox, Apple Music dan lain-lain.

Comentarios


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page