top of page

DATO' SRI SITI NURHALIZA LANCAR KOLEKSI TERBAHARU SIMPLYSITI



YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza, hari ini meraikan rakan-rakan media sempena pelancaran produk kosmetik terbaharu Simplysiti yang berada di pasaran semenjak 9.9 yang lalu. Beliau berasa gembira kerana dapat bersama rakan-rakan media setelah hampir dua tahun beliau hanya mampu berinteraksi dengan pihak media secara maya di sebabkan pendemik Covid-19, dan juga kelahiran cahaya mata kedua beliau, Muhammad Afwa Bin Khalid pada 19 April yang lalu.


Beliau juga amat berbesar hati kerana dapat memperkenalkan produk terbaharu SimplySiti yang berkonsepkan SimplySiti for All – Reflection of Perfection, yang sesuai untuk semua kulit Wanita Asia, kepada rakan-rakan media.


‘Kosmetik terbaharu ini lahir ketika negara kita dan seluruh dunia dilanda bencana yang tidak terduga. Namun, saya amat berbangga dengan pasukan SimplySiti yang komited dan bekerja keras bagi memastikan produk ini berada di pasaran sebagaimana yang telah dirancang sejak awal lagi.’


‘Rangkaian kosmetik ini pasti dapat memenuhi citarasa ramai kerana rona-rona warna yang disediakan sesuai untuk semua warna kulit dan peringkat umur bagi penggemar-penggemar kosmetik yang inginkan penampilan ‘matte’ semulajadi.’ jelas Dato’ Sri Siti Nurhaliza.


Pada majlis tersebut, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut memperkenalkan duta baharu jenama SimplySiti iaitu Zahra Zura Aziza Zahanor.


'Setelah 11 tahun SimplySiti berada di pasaran, buat julung kalinya, syarikat melantik duta bagi mempromosikan semua rangkaian kosmetik, rangkaian penjagaan kulit dan semua produk-produk SimplySiti pada masa akan datang sekaligus menarik minat dari kelompok golongan remaja’, tambah Dato’ Sri Siti Nurhaliza.


Selaku usahawan kosmetik tempatan yang terkenal, Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak menafikan bahawa SimplySiti juga terkesan dengan masalah ekonomi akibat Covid 19. Namun, beliau amat bersyukur walaupun dalam keadaan pandemik, peminat-peminat rangkaian kosmetik dan barangan penjagaan diri SimplySiti masih boleh membeli barangan keperluan mereka melalui platform seperti Shopee, laman sesawang SimplySiti dan melalui ahli-ahli SimplySiti Elit.


Rangkaian kosmetik terbaru SimplySiti ini boleh didapati di Watson, Shopee, laman sesawang www.simplysiti.com.my dan ahli SimplySiti Elit yang berdaftar.


SimplySiti yang ditubuhkan pada tahun 2010, merupakan jenama kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatan yang dirumus secara saintifik dan terbukti secara klinikal serta mempunyai Sijil Halal Jakim. Barangan Simplysiti juga dihasilkan dengan penuh ketelitian bagi memudahkan wanita islam untuk menunaikan solat.



Jenama SimplySiti sememangnya mencerminkan gaya hidup Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang berkualiti, praktikal, kompak dan mudah bagi sentiasa tampil menawan dengan harga yang amat berpatutan.


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page