top of page

FARM FRESH LANCAR SUSU PERISA PISANG



Bersempena Konsert Kongsi Kasih Farm Fresh X Gegar Vaganza yang berlansung Jumaat lalu, pengeluar produk tenusu terbesar Malaysia, Farm Fresh Berhad turut melancarkan susu berperisa pisang yang dinanti-nantikan oleh penggemar susu pisang.


Perisa susu pisang ini bukanlah sesuatu yang baru di pasaran, sebaliknya ia telah menjadi kegemaran ramai pengguna. Susu Pisang Farm Fresh didatangkan dalam dua saiz jaitu dalam botol bersaiz 700 ml dan pek UHT 200 ml.


Susu Pisang Farm Fresh diperkaya dengan rasa pisang berkrim manis dan turut mengandungi sari pisang asli yang membangkitkan rasa pisang sebenar serta tidak mengandungi pewarna dan perisa tambahan.


Susu Pisang Farm Fresh diperbuat daripada susu lembu segar, yang tinggi dengan sumber protein dan kalsium. Ianya boleh didapati di semua pasar raya besar, kedai runcit, kedai serbaneka dan stesen minyak serta melalui 'home dealer'. Pengguna boleh melayari www.farmfreshmart.com untuk mencari pengedar produk susu Farm Fresh terdekat.



Sehingga 2021, Farm Fresh mempunyai seramai 45 stokis berdaftar, 832 'home dealer' dan 1302 agen di setiap negeri dan wilayah di seluruh negara.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page