top of page

FARM FRESH LANCAR TABUNG DIDIK KASIH FARM FRESH SASAR BANTU ANAK-ANAK YATIM MANGSA COVID-19



Pengeluar produk tenusu terbesar Malaysia, Farm Fresh Berhad semalam melancarkan Tabung Didik Kasih Anak Yatim Farm Fresh untuk mengumpul dana bagi membantu pendidikan anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik Covid-19.


Ketua Pegawai Operas Farm Fresh, Encik Azmi Zainal, berkata inisiatif itu dilancarkan untuk mengajak rakyat Malaysia bersama-sama berkongsi rezeki membantu anak-anak yang kehilangan tempat bergantung selepas ibu atau bapa mereka meninggal dunia.


Azmi berkata, pihaknya mewujudkan tabung berkenaan apabila berasa sangat tersentuh mengenangkan nasib yang bakal dihadapi anak-anak yang kehilangan ibu dan bapa secara tiba-tiba, dan memikirkan bagaimana Farm Fresh boleh membantu anak-anak ini meneruskan pembelajaran mereka.


"Selepas negara memasuki fasa endemik, banyak pihak memberi tumpuan untuk memulihkan sektor ekonomi negara namun ramai yang terlupa atau terlepas pandang mengenai nasib dan masa depan anak-anak malang ini.


Justeru kami dari Farm Fresh mahu mengajak rakyat Malaysia sama ada individu mahupun pihak korporat yang pemurah sama-sama berkongsi rezeki menyumbang dalam tabung in untuk diagihkan kepada anak-anak yatim yang terlibat," katanya.


Pada awal bulan ini, Farm Fresh telah menyumbang sejumlah RM500, 000 kepada Yayasan Didik Negara / YDN) untuk diagihkan kepada murid-murid yang terkesan kerana kehilangan ibu bapa.


"'Inisiatif ini kami wujudkan untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat supaya lebih prihatin dan mengambil empati untuk membantu mereka. Memang ramai yang simpati tapi apa pula tindakan kita untuk membantu mereka? " soalnya.


"'Kami amat memahami situasi dihadapi anak-anak yang kehilangan ibu dan bapa, Mereka hilang tempat bermanja dan bergantung. Meskipun ada waris yang boleh menjaga namun pasti mereka tetap merasakan kehilangan, bantuan yang kita hulurkan sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban kewangan waris, " katanya.



Tabung Didik Kasih Anak Yatim Farm Fresh dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina bt Mohd Harun dan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi bin Md Jidin bersempena Konsert Kongsi Kasih Farm Fresh X Gegar Vaganza di Ladang 16, Universiti Putra Malaysia.


Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia merangkap Pengerusi Yayasan Didik Negara, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Timbalan Nab Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Nazamid Saari.


Antara barisan artis Gegar Vaganza yang membuat persembahan termasuk Aishah, Amelina, Jatt Ali, Naaqiu, Noraniza Idris, Linda Nanuwil dan Mimifly.


Semenjak Covid-19 melanda negara seramai 5,173 murid-murid terkesan dan bilangan ini dijangka bertambah setiap hari.

Kempen kutipan sumbangan bagi Tabung Didik Kasih Anak Yatim Farm Fresh itu akan berlangsung secara berterusan dan menyasarkan kutipan beriumlah RM3 juta.

留言


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page