top of page

FASTENTIX SEDIA PLATFORM JUALAN PRODUK ASLI, PENGHANTARAN SAME DAY DELIVERY


Pengasas jenama wangian D'Xandra, Puan Ernayanee Nur Julaimi hari ini mengadakan majlis pra-pelancaran platform marketplace terbaru yang dikenali sebagai Fastentix yang dibangunkan sepenuhnya hasil kepakaran anak tempatan. Aplikasi Fastentix yang menggabungkan marketplace dan logistik bakal mewujudkan satu ekosistem penjualan dan pembelian yang membantu para usahawan menjual produk yang asli serta penghantaran produk pada hari sama.


Bakal dilancarkan pada umum dalam masa terdekat, idea untuk membangunkan Fastentix dicetuskan oleh Puan Ernayanee Nur Julaimi sendiri sekitar tahun 2018, apabila berlakunya masalah produk tiruan yang kerap membelenggu para usahawan dan wujudnya perang harga produk yang dijual di marketplace sedia ada di Malaysia.


Isu produk tiruan ini membawa kerisauan kepada para usahawan dan apa yang lebih membimbangkan adalah ianya membawa kepada kerugian besar kepada perniagaan mereka. Sejak itu, inisiatif untuk melakukan Resarch & Development (R&D) sebagai solusi kepada permasalahan ini dijalankan sehingga terlahirlah aplikasi Fastentix.


Aplikasi Fastentix yang dibangunkan 100% oleh anak tempatan Malaysia ini menjadi solusi kepada masalah yang dihadapi oleh para usahawan. Di Fastentix, para usahawan dan reseller-reseller lain dapat berniaga dengan lebih harmoni, tanpa berlakunya perang harga.


Bukan hanya tertumpu kepada usahawan sahaja, Fastentix juga membawa misi yang jelas iaitu menyediakan perkhidmatan penghantaran produk yang dibeli oleh pengguna pada hari yang sama, dan hanya menjual produk yang asli sahaja. Para pengguna dapat merasai pengalaman membeli produk yang diingini dengan rasa selamat tanpa rasa ragu.


"Kalau Grab boleh buat Your Car is Our Car,di Fastentix kami juga terapkan ‘Your Home is Our Home’. Misi dan Visi Fastentix yang jelas iaitu penghantaran produk pada hari sama dan pembelian hanya produk yang asli sahaja pasti akan memudahkan kehidupan seharian kita."


Dengan kepesatan teknologi sekarang, kita tidak boleh lari daripada trend semasa. Rakyat Malaysia perlu lebih terbuka untuk explore teknologi sekarang. Ini termasuklah aplikasi Fastentix, teknologi baru yang dibangunkan, yang pastinya akan memudahkan kita mendapatkan produk asli yang diingini pada hari yang sama. Bayangkan Fastentix sebagai ‘yellow pages’ di setiap kawasan kita, menarik bukan?” Puan Ernayanee Nur Julaimi, Ketua Pegawai Eksekutif, Blyon Fastentix Sdn Bhd.


SERVIS PENGHANTARAN PADA HARI YANG SAMA & PRODUK YANG ASLI



Aplikasi Fastentix memfokuskan sistem marketplace supply chain (B2C & B2B) yang membezakan ianya dengan aplikasi marketplace yang lain. Struktur sistem yang teratur ini menjadikan keselamatan teknologi dan keaslian aplikasi Fastentix lebih terjamin.


Idea pembangunan aplikasi Fastentix ini juga merupakan sebuah perjuangan yang dibawa oleh Puan Ernayanee untuk meningkatkan taraf ekonomi Malaysia dan memberikan kestabilan bisnes kepada usahawan di Malaysia


Fastentix memberi peluang kepada para usahawan, tidak kira kecil atau besar untuk menjadi FastMerchant di Fastentix. Secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia untuk berniaga, sekaligus dapat menjana eknonomi negara.


Mereka juga tidak perlu risau tentang isu penghantaran produk yang lambat. Aplikasi Fastentix memudahkan pengguna untuk membeli produk yang asli dan mendapatkan produk yang dibeli pada hari yang sama melalui reseller produk yang berhampiran dengan mereka . Bertepatan dengan slogan 'Fastentix, Bring Us Closer'.


Dapatkan info terkini mengenai Fastentix dengan melayari laman sesawang Fastentix di https://fastentix.com/ dan platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram-Fastentix

コメント


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page