top of page

FILEM CEREKA C144 BAKAL CIPTA SEJARAH JADI FILEM PERTAMA MALAYSIA BUAT TAYANGAN PERDANA DI HOLLYWOOD

Filem cereka terbaharu terbitan Redboy Pictures, C144 -Human x Nature bakal menemui penonton diseluruh Malaysia pada Februari 2022. Majlis pra-tonton trailer filem tersebut kepada pihak media telah diadakan baru-baru ini bersama pihak produksi berserta barisan pelakon filem tersebut di AGAPE Superior Living, Taman Desa, Kuala Lumpur.



Filem C144 (The Movie), sangat dinanti-nantikan oleh penerbit Redboy Pictures, Aaron Lim dengan pengarah Jack's Stuff yang memenangi anugerah, dijamin memberikan kesan yang tidak dapat dilupakan. Dengan sinematografi yang menakjubkan dan krew yang memenangi anugerah, C144 (The Movie) dikatakan bakal menetapkan standard baru dalam industri perfileman Malaysia.


Menurut Aaron, filem ini juga turut akan mencatat sejarah apabila menjadi filem pertama Malaysia yang akan ditayangkan di Hollywood. Tayangan perdana filem ini di Hollywood akan berlansung di Noho7 Laemmle Theatre @ Lankershim Blvd dan diadakan serentak dengan tayangan di Malaysia pada 17 Februari 2022.


Selain tayangan di Malaysia, pihak produksi filem ini sedang dalam rangka proses bagi memasarkan filem ini ke luar negara. Sehingga kini terdapat 12 negara seperti , Jepun, Korea, China, Filipina, Singapura, Indonesia dan beberapa negara Eropah yang berminat untuk menayangkan filem ini.


Agak menarik untuk filem ini apabila pihak produksi dilihat mengambil risiko besar apabila membariskan barisan pelakon muka baru bagi membintangi filem ini, dimana proses pencarian bakat bagi membintangi filem ini telah diadakan pada 2017 yang lalu. Barisan pelakon yang membintangi filem ini dikatakan tidak pernah muncul dalam mana produksi filem atau drama tetapi mempunyai pengalaman dalam persembahan pentas dan teater.


SINOPSIS



Dua ahli perkhemahan amatur, Jason & Kamal terjumpa apa yang kelihatan seperti tinggalan pesawat C-47B yang digunakan oleh tentera Amerika untuk menghantar bekalan makanan kepada rakan mereka yang telah terhempas di Malaya pada 1945 semasa Perang Dunia Kedua.


Penemuan bersejarah itu bakal membuat mereka mendapat keuntungan besar dengan cepat. Maka timbul idea untuk mengadakan satu ekspedisi "Eksklusif" ke tapak nahas untuk pengembara-pengembara yang ingin tahu tentang penemuan tersebut tanpa mengetahui rahsia yang tersembunyi disebaliknya.

,

Kumpulan 10 pengembara yang mendaftar untuk ekspedisi itu terdiri daripada warga Singapura, China, Thailand dan United Kingdom. Tanpa disedari, selepas 16 jam perjalanan , dua kenderaan pacuan empat roda yang membawa kumpulan 10 pengembara itu telah tersasar dari jalan sebenar dan membawa mereka ke salah satu bahagian paling dalam dalam hutan tropika.

,

Setelah menyedari mereka sesat timbul situasi baru yang bakal merubah segalannya. Ketegangan dan cadangan yang bercanggah menyebabkan kumpulan itu berpecah menjadi dua. Mereka masing-masing akan mencari jalan sendiri. Dalam 144 jam akan datang, apakah misteri yang menanti mereka di dalam hutan? Dapatkah mereka menemui jalan ke lokasi terhempasnya pesawat itu?


Trailer Filem C144 Human x Nature


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page