FILEM PETAKA BAKAL ISI SLOT DI ASTRO FIRST DISEMBER 2020
![](https://static.wixstatic.com/media/50a2d9_394bb058782d4528a71d2161456f2ffc~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_551,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/50a2d9_394bb058782d4528a71d2161456f2ffc~mv2.jpg)
Filem terbaru terbitan Arie Zaharie Production yang berjudul Petaka bakal ditayangkan di Astro First awal Disember ini.
“Saya akan mengumumkan tarikh sebenar bermulanya tayangan filem ini apabila mendapat kata putus secara bertulis daripada pihak Astro dalam waktu terdekat,” kata penerbit Petaka, Arie Zaharie ketika ditemui di tayangan tertutup bersama beberapa wakil media pada penghujung Oktober lalu.
Filem arahan Azhari Zain itu mengambil latar negeri Kedah sebagai lokasi utama kerana bersesuaian dengan jalan cerita yang diilhamkan oleh pelakon utamanya, Azman Ahmad.
Menurut Arie, penggambaran Petaka mengambil masa selama 12 hari di beberapa lokasi di Kedah termasuk Kuala Jerlun, Bukit Kayu Hitam, Alor Setar dan Jitra.
Sementara itu ,menurut Azman Ahmad dalam satu sesi temubual berasingan yang diadakan secara atas talian berkongsi kisah tentang kisah Petaka kepada media. Kata beliau filem Petaka digarap dari kisah hidupnya.
"Hanya 30 hingga 40 peratus dari jalan cerita ini adalah berdasarkan kisah hidup saya. Selebihnya yang memaparkan tentang pekerjaan, kehidupan serta adegan jenayah adalah rekaan semata-mata bagi mencantikkan lagi perjalanan filem ini", ujar Azman Ahmad.
Azman Ahmad yang sebelum ini pernah membintangi beberapa drama bersiri seperti Lelaki Kiriman Tuhan yang di tayangkan di Astro dan Wanita Yang Di Kasihi di RTM, kini menjaga ibu nya yang menghidapi penyakit Alzheimer secara sepenuh masa di kediaman ibunya di Kedah.
![](https://static.wixstatic.com/media/50a2d9_5c3ca887cdfe4be282b0476318b987c9~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_444,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/50a2d9_5c3ca887cdfe4be282b0476318b987c9~mv2.jpg)
Comments