top of page

FITRI HARIS KINI SUKARELAWAN ZAHRAN

Dr. Fitri Haris kini menjadi sukarelawan Zahran Sahabat bekerjasama dengan Kumpulan Megaklinik Zahran bagi mengupas dan membahaskan secara fakta dan ilmiah mengenai segala perihal Covid-19.




Program ZAHRAN SAHABAT yang di jadualkan setiap hari Jumaat pukul 9.00 malam telah pun bersiaran sebanyak 3 episod yang membawakan tetamu-tetamu yang pakar di dalam bidang masing-masing. Di jangkakan program ini akan berlangsung sebanyak 13 episod atau lebih. Turut serta adalah selebriti terkenal tanah air bagi berkongsi pengalaman mereka dalam melawan covid-19.


Setakat ini di dalam episode pertama menampilkan selebriti Datin Rebecca Islam yang mempunyai sejarah keluarga di jangkiti covid-19. Episad kedua pula menampilkan Dato’ Fizz Fairus Serta Isteri Datin Almy nadia manakala episod ketiga yang akan di adakan pada 13 ogos 2021 akan menampilkan Wawa Zainal sebagai tetamu.


Zahran yang membawa maksud keindahan adalah satu inisiatif bersama Dr. Fitri haris dan Megaklinik Zahran dalam membawa kempen kesedaran dan mengupas masalah tekanan mental di kalangan rakyat malaysia kini.


Menampilkan hos tetap (Dr. Fitri haris), Ketua Kesihatan Megaklinik Zahran, Dr. Zafirah dan yang dihormati ketua pegawai operasi Dato’ Nafidz serta isteri datin ummul khairiyah program ini di adakan secara santai di platform instagram secara ‘cross live’ . MYBUZZ!



Comentarios


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page