FORMULASI LUCOL-S BANTU ATASI MASALAH TULANG DAN KULIT
APABILA sesebuah syarikat mengambil berat dalam menghasilkan produk berkualiti demi kebaikan dan kepuasan pengguna, secara semulajadinya syarikat itu akan dibalas kejayaan. Ini konsep asas PlantBio Research Sdn Bhd dalam membangunkan siri produk suplemen kesihatan.Menerusi 3 siri produknya, PlantBio memastikan ia bukan sahaja selamat untuk digunakan malah memberi kesan sebagaimana formula yang dicipta.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PlantBio Research Sdn Bhd, Ooi Thean Nip setiap produk yang diformulasikan haruslah menepati standard syarikat dan memberi kebaikan kepada pengguna.
“Asalnya penghasilan produk ini dilakukan apabila saya melihat keperluan untuk keluarga saya. Kalau kebanyakan syarikat memfokuskan kepada keuntungan komersial, namun saya fokus kepada kebaikan untuk keluarga sebelum melancarkannya kepada umum.
“Misalnya produk DeDelireal Organic Baby Cereal yang saya formulasikan untuk anak perempuan saya, begitu juga PlantBio Omega Plus yang dibuat berdasarkan keperluan ibubapa saya. Malah produk LuCOL dihasilkan untuk keperluan isteri, kakak dan saya sendiri.
“Kami amalkan pengambilan produk itu dan daripada kebaikan tersebut, saya rasakan amat baik untuk saya kongsikan dengan orang ramai. Untuk jadikan amalan harian, saya pastikan suplemen ini betul-betul menggunakan bahan berkualiti tinggi bagi memastikan impaknya jelas,” kata Ooi Thean Nip ketika ditemui di majlis pelancaran LuCol-S di Cyberjaya, hari ini.
Hari ini PlantBio Research Sdn Bhd melancarkan LuCOL generasi kedua selepas yang pertama dilancarkan pada 2015 dan versi 2020 dikenali sebagai LuCOL-S (Special) yang mempunyai formulasi terkini serta lebih baik. Formulasi kolagen LuCOL-S atau Lustre Collagen dihasilkan untuk membantu menaikkan seri kulit seawal 7 hari dan menguatkan tulang terutama bagi mereka yang berusia lebih 30 tahun.
Ooi berkata, walaupun formulasi itu datang daripadanya tetapi LuCOL-S dihasilkan dengan kolaborasi dengan beberapa institusi klinikal bagi proses ujian makmal.
Pemilihan Datin Seri Maria Farida sebagai Duta LuCOL-S menepati formulasi yang dihasilkan PlantBio Research Sdn Bhd bagi pasaran tempatan.
“Kami memilih Datin Seri Maria Farida sebagai Duta bukan kerana sasaran kami untuk pasaran Melayu semata-mata malah Malaysia keseluruhannya. Beliau bukan sahaja cantik tetapi juga seorang yang merendah diri dan yang penting beliau mengambil kolagen ini.
“Sejak mengamalkan suplemen LuCOL-S sejak lebih sebulan lalu, saya melihat perubahan ketara pada wajah dan kulit beliau,” katanya.
Menurut Ooi yang sudah mengeluarkan 16 produk, rancangan untuk pelancaran LuCOL-S sepatutnya awal tahun ini tetapi disebabkan pandemik Covid-19, ia terpaksa ditangguhkan. Bagaimanapun produk ini sudah berjaya menembusi pasaran United Kingdom, Ireland, Hong Kong dan China.
“Rahmatnya Covid-19 ini menyedarkan orang luar tentang kredibiliti Malaysia dalam bidang kesihatan selepas negara kita muncul Top 5 yang mengawal pandemik dengan baik.
“Saya kaitkan isu Covid-19 kerana produk kesihatan dari Malaysia sering dipandang sebelah mata. Mereka tidak yakin sedangkan kualiti kita setanding dengan negara Eropah. Ketika menghadiri pameran di luar negara termasuk Australia dan Hong Kong, mereka was-was dengan produk kesihatan kita tetapi disebabkan Covid-19, dunia mula buka mata terhadap Malaysia,” katanya.
Ooi berkata, beliau sering berpegang kepada kata-kata mentor perniagaannya dalam memformulasi setiap produk baru. Pertama katanya, ‘do no harm to our body dan kedua, ‘use organic materials if not, the most natural’.
Kata-kata mentor itu dipegangnya dalam PlantBio Research Sdn Bhd menghasilkan produk berkualiti dengan motto ‘Health is our journey, not a destiny’.
Comments