top of page

HAQIEM RUSLI RANGKUL TOP TOP MELETOP LELAKI 2020 & WANITA KEKAL MILIK SITI NORDIANA

  • MYB
  • Dec 21, 2020
  • 1 min read

Updated: Dec 21, 2020

Bertemakan Yang Epik, Yang Legend Anugerah Meletop ERA 2020 #AME2020 dengan norma baharu menutup tirai dengan menobatkan Top Top MeleTOP (Lelaki) Haqiem Rusli dan Siti Nordiana masih mengekalkan Top Top MeleTOP (Wanita) buat kali kedua.

ree

Terdahulu Haqiem Rusli memenangi kategori Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP manakala Siti Nordiana memenangi Artis Versatil MeleTOP dan Top TopGrup/Dua MeleTOP bersama Khai Bahar.


ree

AME2020 telah bersiaran secara langsung melalui saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) dengan paparan 4K UHD jam 9.00 malam bertempat di PICC, Putrajaya malam tadi.


Anugerah kategori Top Top MeleTOP ini masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro. Kategori ini dikira berdasarkan undian tertinggi secara keseluruhan di kalangan calon 5 terbaik.


Berikut adalah senarai penuh pemenang AME2020:


ree


Anugerah Top Top MeleTOP Grup/Duo - Siti Nordiana & Khai Bahar


ree

Bintang Filem MeleTOP & Fesyen MeleTOP -Syafiq Kyle


ree

Filem MeleTOP - Ejen Ali The Movie


ree

MeleTOP Grup/Duo - Siti Nordiana & Khai Bahar



ree

Drama MeleTOP- Sweet Dream


ree

Program MeleTOP- Sepahtu Reunion Live 2019 Akhir


ree

Pelakon MeleTOP - Ben Amir


ree

Hos MeleTOP - Alif Satar

ree

Artis Baharu MeleTOP - Han Byul


ree

Couple MeleTOP- Hanis Zalikha & Hairul Azreen


ree

Si Cilik MeleTOP- Alisa Aishah


ree

Influencer MeleTOP - Syahmi Sazli Production


Kesemua 16 kategori anugerah-anugerah di atas masing-masing membawa pulang RM5,000 berserta sebuah trofi sumbangan ASTRO.


Malam tadi juga penerima Anugerah Khas AME2020 diberikan kepada YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bagi mewakili barisan hadapan dan Anugerah Wira AME 2020 diberikan kepada Ustaz Ebit Lew bagi menghargai sumbangan kemasyarakatan beliau. Masing-masing kategori menerima wang tunai sebanyak RM10,000.


Acara ini digamatkan oleh hos MeleTOP Nabil Ahmad, Jihan Muse & Zizan Razak. MYBUZZ!



Comentarios


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

photo_2018-08-14_16-44-22.jpg

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

photo_2018-08-14_16-46-18.jpg

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.

bottom of page