HINDARI TEKANAN DIRI DENGAN TERAPI MANDI BUNYI MANGKUK KRISTAL ABIB JMD
![](https://static.wixstatic.com/media/50a2d9_2fed7e0901f04ab9a5238b4c32c345ad~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/50a2d9_2fed7e0901f04ab9a5238b4c32c345ad~mv2.jpg)
Dua tahun lalu, figura ini diuji dengan kesihatan diri dan masalah peribadi sehingga hampir hilang empayar perniagaannya.Tidak mengalah, Abib Syed Ali yang masyhur dengan jenama Jamu Mak Dara, bertuah apabila bertemu dengan seorang yang mengajaknya mencuba satu terapi.
Terapi yang menggunakan teknik gelombang bunyi yang terhasil dari teknik geseran dan pukulan itu membuka satu laluan baru bagi Abib mengenal diri dan percaya bahawa setiap ujian Allah beserta hikmah.
"Saya hampir hilang semunya, saya diam dan diuji sakit. Dalam pada itu saya meneliti satu persatu kaedah untuk mendapat semangat.
"Alhamdulillah saya bertemu dengan kaedah terapi yang dikenali sebagai Sound Healing. Saya cuba, dan dengan izin Allah saya lalui hari dengan lebih positif dengan saya yang baharu," katanya dalam sesi perkongsian terapi bersama media di Kelas@10 di sini.
Terapi ini diusahakan dengan jenama Jajah Minda Diri (JMD) iaitu lebih kepada pengurusan strees dengan kenali seterusnya menghargai diri seseorang itu. Abib berkata, terapi ini sudah dikenali diseluruh dunia dalam kalangan profesional khasnya dan masih baharu di negara ini.
Merupakan anak Melayu pertama yang berkongsi ilmu ini, Abib berkata apa yang lebih menarik konsep terapi ini selari dengan amalan Islam yang diterjemahkan dalam bentuk sains.
![](https://static.wixstatic.com/media/a27d24_183ee01ef96c46f6aa567e81e89af653~mv2.jpg/v1/fill/w_673,h_896,al_c,q_85,enc_auto/a27d24_183ee01ef96c46f6aa567e81e89af653~mv2.jpg)
Comentarios