Minyak argan adalah minyak tumbuhan yang dihasilkan dari biji pokok argan (Argania spinosa L.) yang banyak tumbuh di Morocco. Di Morocco, minyak argan digunakan untuk mencelupkan roti ketika sarapan atau untuk dititiskan pada kousous atau pasta. Oleh kerana minyak argan mempunyai khasiat besar, maka hari ini ia telah di eksploitasi dan digunakan bukan sahaja dalam makanan bahkan dalam penghasilan produk kesihatan dan kosmetik.
Minyak argan sering dijual dipasaran dalam bentuk minyak tulen . Selain itu, minyak ini dapat diaplikasikan terus ke kulit ataupun dimakan dalam bentuk kapsul sebagai makanan tambahan. Untuk amalan kecantikan, minyak argan juga boleh didapati di dalam sejumlah produk penjagaan diri dan kecantikan seperti , losyen pelembap, syampu,, sabun serta perapi rambut.
Beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati minyak argan mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi yqng mampu membantu melindungi kulit dari kerusakan radikal bebas akibat pancaran matahari. Kandungan vitamin E dan asid lemak dalam minyak argan yang tinggi juga dapat membantu mengekalkan kandungan air di dalam kulit, sehingga mampu membantu untuk melembapkan kulit.
Menyedari betapa besarnya khasiat yang terdapat dalam minyak argan, dua adik beradik yang bergelar usahawan, Hafiz Helmi dan Azmi Helmi telah melancarkan produk sabun badan dan muka LFiz, dengan wangian flora yang mampu mengekalkan awet muda dipasaran awal bulan ini.
Menurut Azmi Helmi selaku Perunding Pamasaran di LFiz Beauty, proses R&D untuk menghasilkan sabun badan dan muka LFiz mengambil masa selama setahun sebelum terhenti akibat Perintah Kawalan Pergerakan ekoran pandemik Covid-19 dan disambung semula selepas tempoh PKP berakhir. Produk sabun badan dan muka L Fiz dijangka akan berada di pasaran pada pertengahan Oktober nanti dan di jual pada harga RM9.90.
Mengulas lanjut, Azmi Helmi memberitahu media, sabun badan dan muka LFiz di formulasikan daripada 16 bahan yang terdiri daripada Glycerin dan Minyak Argan. Glycerin berupaya merawat kulit kering secara efektik selain menjadi agen anti-penuaan. Ia juga dapat membantu untuk megurangkan parut jerawat, mencerahkan kulit serta merawat eczema selain menghidratkan kulit agar sentiasa segar lembut dan licin.
Sementara itu kandungan minyak argan yang kaya dengan Vitamin E di dalam sabun ini pula berfungsi untuk melawan radikal bebas yang menyumbang kepada penuaan kulit wajah. Selain membantu melembapkan kulit, minyak argan juga berfungsi untuk mencerah dan mengembalikan keserian kulit muka serta mempunyai daya pemulihan dengan membantu menghilangkan kesan parut jerawat.
Dengan penggunaan yang kerap, sabun badan dan muka LFiz dapat membantu mengurangkan garis-garis keduatan serta tanda-tanda penuaan pada kulit pra matang, mengembalikan keanjalan serta memperbaiki struktur kulit serta melindungi dan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit baru.
Sebagai memperkuatkan strategi pemasaran, pihak LFiz Beauty turut melantik beberapa selebriti tanahair seperti Rina EVA, Jaafar Onn, Kathy Azean dan Afiey Utopia sebagai Pengurus Jualan di beberapa kawasan sekitar Bangi, Kajang, Semenyih, Cheras dan Gombak.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung produk keluaran LFiz Beauty, orang ramai boleh menghubungi talian 010-272 7265 atau melayari laman sesawang http://dhcempire.comatau di platform media sosial FacebookLFiz Beauty
Comments