top of page

LAGU RINDU VERSI BAHASA MELAYU GANDINGKAN MFMF. DENGAN ALEX UNGKU DAN AIRLIFTZ

Setelah setahun menyimpan rasa, akhirnya MFMF. telah menghasilkan sebuah lagi lagu yang sedang hangat bermain-main di hati peminat R&B tanahair. MFMF. yang dianggotai oleh tiga orang anak muda tempatan iaitu Brendan Lim, Justin Seow dan Zen kini tampil dengan Trilogi ‘RINDU’ hasil kolaborasi penyanyi independent Malaysia, Rapper Airliftz dan juga Alex Ungku.



Majlis sidang media serta sesi memperdengarkan lagu Rindu bersama MFMF telah dilansungkan semalam bertempat di di Co-Labs Coworking The Starling, Petaling Jaya. Tujuan sidang ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada media untuk beramah mesra bersama artis dan dalam masa yang sama keunikan lagu Trilogi ‘Rindu’ ini dapat diperkenalkan kepada masyarakat.


‘Rindu’ merupakan lagu khas buat golongan yang sering di “friendzoned” dan luahan perasaan tertekan kerana cinta yang belum berbalas. Gabungan MFMF. bersama Airliftz dan juga Alex Ungku sekaligus menjadikan lagu ini sebagai pertaruhan pertama mereka di dalam industri seni arus perdana. Ini juga merupakan kali pertama bagi Airliftz dalam menyanyi dan bukan hanya ‘rapping’ seperti selalu.


Airliftz atau nama sebenar Aliff Shaharom merupakan seorang penyanyi dan juga komposer yang berbakat dimana beliau telah mula membuat lagu sejak beliau berumur 13 tahun lagi. Alex Ungku pula telah mula menempah nama sejak tahun 2019 sebagai seorang penyanyi R&B yang mampu memikat hati pendengar dengar suara yang lunak dan memikat.



Trilogi RINDU ini telah dikeluarkan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Korea, Mandarin dan Bahasa Melayu masing-masing dengan tajuk dan keistimewaan yang berbeza. Kali ini, ‘RINDU’ Bahagian 3 telah dilancarkan pada 26 November 2021 yang lepas dan telah keluar di semua platform strim digital.


Bercerita mengenai keunikan Trilogi ‘Rindu’ ini, MFMF. telah bekerjasama dengan myBurgerLab bagi menghasilkan menu burger edisi terhad khas bagi setiap pelancaran ‘Rindu’ dalam ketiga-tiga bahasa. Nama yang berbeza, rasa juga berbeza. Pada keluaran ‘Rindu’ bahagian 3 ini, myBurgerLab telah mengeluarkan burger yang diberi nama ‘Percik Power’ dengan membawa tema Melayu. Promosi ini akan dijalankan selama 14 hari mulai 29 November 2021 dan pengunjung myBurgerLab boleh dapatkan burger edisi terhad ini di setiap lokasi myBurgerLab kecuali di cawangan MyTown.


Dengan harapan dapat melebarkan sayap ke luar negara, MFMF. telah merancang untuk menghasilkan lebih banyak lagu yang dapat menarik perhatian anak muda dengan bantuan aplikasi TIKTOK dan juga mereka telah mempunyai perancangan untuk berkolaborasi dengan artis baru dari YG Entertainment. Seperti diketahui umum, syarikat pengurusan yang sama bagi artis K-POP terkenal Blackpink dan juga Bigbang. Semoga hasrat mereka tercapai sekaligus dapat membuka mata dunia bahawa artis Malaysia juga mampu membawa hasil karya tempatan ke industri hiburan antarabangsa.



Tidak ketinggalan, untuk lagu RINDU yang menjadi pertaruhan di dalam dunia seni ini, MFMF. juga telah mendapat ruangan istimewa untuk mempromosikan SINGLE terbaru mereka di sebuah BILLBOARD di Bangsaria, Jalan Maarof. Ruangan promosi ini merupakan salah satu cara yang mereka pilih untuk memperkenalkan bukan sahaja nama MFMF. kepada masyarakat di luar sana malah meluaskan pengaruh muzik mereka. Mereka juga akan melancarkan sebuah kempen khas buat penyokong muzik MFMF. tidak lama lagi.

留言


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page