MALAYSIACARNIVAL VIRTUAL 2O21 SEDIA PLATFORM PERNIAGAAN PERCUMA BUAT PENGUSAHA PKS TEMPATAN
Karnival atas talian atau maya yang pertama di Malaysia, MalaysiaCarnival Virtual 2021 akan berlangsung setiap hari, bermula dari 6 Ogos hingga 15 Ogos 2021 ini. Karnival yang berkonsep inovatif itu merupakan cetusan idea presiden dan pengasas Miss Malaysia Kebaya (MMK), Dr. Jason Hee Jee Pin dan rakan perniagaan Nicole Fe Lynne. Karnival ini tersebut bakal menonjolkan perpaduan melalui kepelbagaian dan budaya.
Memandangkan pandemik Covid-19 masih lagi berlaku hingga menyebabkan segala aktiviti yang terarah kepada aktiviti gayahidup, hiburan dan perniagaan dilihat seolah-oleh ‘mati’, timbul idea untuk membawa vendor, hiburan dan pelbagai aktiviti secara langsung kepada orang ramai melalui platform maya berteknologi tinggi yang telah dibangunkan. Keseluruhan projek ini bertujuan untuk mendorong negara untuk menyokong perniagaan tempatan yang telah dilanda teruk pada masa-masa yang mencabar ini, terutama jenama tempatan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) .
"Walaupun dengan situasi saat ini, kita harus terus maju dan tetap positif, dan berusaha untuk menjadi kreatif dan dinamis, untuk mengatasi semua cabaran," kata Dr Jason Hee
Menurut Dr Jason Hee, perkhidmatan membeli-belah dan penghantaran dalam talian telah menjadi trend yang sangat menggalakkan hari ini. Ia jelas dilihat dari perubahan tabiat pengguna hari ini. Rakyat Malaysia kini boleh mendapati lebih banyak perkhidmatann dan produk tempatan yang berkualiti untuk dibeli dari dalam talian.
MalaysiaCarnival Virtual 2021 tidak hanya terhad kepada aktiviti membeli-belah dalam talian semata-mata. Karnival ini turut akan menampilkan jualan kilat, hadiah, permainan, persembahan dalam talian, bengkel dalam talian, aktiviti kecantikan, kesihatan & kecergasan, ceramah dalam talian, amal dan banyak lagi.
Antara aktiviti yang dijangka mendapat sambutan termasuklah program bengkel solekan dan dandanan rambut secara lansung bersama Lavigato, Sulusso, Seleb, dan Solaio. Sesi fotografi asas bersama Why Not Studio, serta pertandingan mewarna kanak-kanak oleh TY Malaysia banyak lagi
Bagi mereka yang mementingkan kesihatan, satu sesi perkongsian oleh My Health Diary dan juga MD Pharma juga akan turut diadakan. Bagi penggemar sukan yoga pula, satu sesi yoga dan kecergasan secara langsung yang akan disampaikan oleh Yomaster Dr Adrian Suresh dari Anti Aging Yoga & Welnness Malaysia akan bersiaran secara harian.
Sementara itu pelbagai program hiburan juga akan disertakan bersama dengan pertunjukan yang menyasarkan tema budaya, fesyen dan bakat tinggi. Malaysia Carnival Virtual 2021 turut membawa persembahan muzik secara langsung dari penghibur terkenal Malaysia yang dipersembahkan oleh Musicians for Musicians. Selain itu, terdapat juga aktiviti untuk kanak-kanak, keluarga, komuniti dan perniagaan. Secara keseluruhan pengisian program karnival ini disesuaikan untuk semua.
"Kami bernasib baik kerana dapat mengembangkan dan mempersembahkan acara Malaysia Carnival Virtual 2021 yang unik ini dengan sokongan teknologi canggih dari penaja utama kami Virtualtech Frontier & Recur Consult." Dr Jason Hee meluahkan rasa syukur.
Penyertaan untuk peniaga yang berminat menyertai Malaysia Carnival Virtual 2021 masih lagi terbuka. Para peniaga yang berminat adalah dialu-alukan untuk mengambil ruang maya di karnival ini .
“Kami menyediakan platform jualan secara percuma tetapi peniaga perlu menyediakan beberapa produk atau perkhidmatan mereka sebagai hadiah promosi atau sebagai hadiah untuk cabutan bertuah. Mereka juga diminta untuk menyumbang sejumlah kecil (setelah berunding) pada setiap penjualan yang diperoleh melalui karnival,” ujar Dr Jason Hee lanjut.
Malaysia Carnival Virtual 2021 boleh diakses orang ramai di pautan www.malaysiacarnival.com . Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi talian 012-9211486
Commentaires