top of page

MARA ANJUR PERTUNJUKAN FESYEN MiF 2021/21 SECARA HIBRID



Pandemik Covid-19 yang menular hampir 2 tahun sangat memberi impak besar industri fesyen dunia. Aktiviti pembelian pakaian dan aksesori menunjukkan penurunan pada trending semasa kerana ia bukanlah satu keperluan sewaktu pandemik, dimana masyarakat tidak dibenar keluar untuk berkerja mahupun bersosial ekoran penguatkuaasan 'lockdown' hampir diseluruh dunia.


Berdasarkan petunjuk Indeks Fesyen Global McKinsey, perniagaan pakaian kehilangan lebih dari 93% pendapatan mereka pada tahun 2020. Dalam beberapa tahun akan datang data ini akan menjadi rujukan penting buat industri fesyen bagi menentukan hala tuju industri ini serta membantu mengungkap pandangan yang diperlukan untuk menarik kembali pelanggan.


Kini, seiring dengan pergerakan kearah andemik, dimana sekatan yang diuatkuasakan dulu telahpun di tarik balik dan secara perlahan-lahan kehidupan kembali seperti asal, memberi peluang kepada karyawan dan usahawan dalam bidang fesyen untuk merancang, menyusun dan membentuk semula permiagaan mereka bagi mengekalkan kesinambungan perniagaan sekaligus mengembangkan daya tahan industri ini.


Sejajar dengan itu, MARA telah megambil langkah pantas dengan menganjurkan pertunjukan fesyen MARA in Fashion atau (MiF) yang bakal berlansung pada 31 Oktober ini di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur. Apa yang menarik , untuk penganjuran MiF 2021/22 tahun ini, MARA akan menciptakan pengalaman ikonik dengan penganjuran '1st Endemic Hybrid Fashion Show' dimana pertunjukan fesyen ini diadakan secara hibrid dengan menggabungkan pertunjukan fesyen secara fizikal dan juga dalam talian.


MiF 2021/22 akan disiarkan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom dan mensasarkan seramai 1000 jemputan. Sesuai dengan Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, hanya 60 orang jemputan akan dibenarkan hadir secara fizikal . Sementara itu kumpulan sasaran yang dijangka menyertai pertunjukan fesyen ini adalah mereka yang terdiri daripada pemain industri, 'industry buyer', agensi, artis, belia, serta orang perseorangan. Sehingga kini seramai 550 jemputan sudah mengesahkan kehadiran.



MiF 2021/21 memilih tema "Identiti' dengan mengetengahkan produk 'ready-to-wear' dengan penyertaan hampir 20 orang pereka fesyen dari seluruh Malaysia yang terdiri dari 6 pereka muda dan selebihnya pereka yang kini bergelar usahawan pereka . Pemilihan tema ' Identiti' dilihat bertepatan kerana ia dapat membantu memperkenal serta mengukuhkan jenama rekaan para pereka ini terutamanya bagi produk 'ready-to-wear'. Selain itu pemilihan tema ini diharap dapat membantu para pereka fesyen ini mencari identiti fesyen tersendiri melalui siri program latihan, 'coaching' dan mentoring.


Penyertaan peserta ke MiF 2021/22 adalah berdasarkan pemilihan kepada pereka bumiputera serta warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 40 tahun. Peserta yang terpilih haruslah mempunyai pengalaman asas jahitan atau rekaan fesyen serta mempunyai minat dalam perniagaan industri fesyen.


Visi dan misi MARA dengan penganjuran MIF adalah untuk merancakkan industri fesyen selain memperkukuhkan ekonomi industri fesyen didalam negara dan juga di peringkat antara bangsa. Disamping itu penganjuran MIF bermatlamat untuk melahirkan tenaga mahir dan pakar didalam industri fesyen selain menyediakan satu platform promosi dan pemasaran kepada usahawan pereka dan pereka muda untuk memasarkan koleksi rekaan mereka di pasaran melalui pendekatan dalam talian mahupun secara fizikal.


Selain dari itu, pihak MARA turut menyediakan latihan, bimbingan, pembiayaan serta khidmat nasihat dan pemantauan kepada para pereka agar mencapai visi yang disasarkan. Para pereka turut diberi pendedahan bersama pemain industri dalam bidang fesyen seperti Fiziwoo, Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini dan Rico Rinaldi selain program BEST yang telah diberikan akreditasi bagi membantu meningkatkan standardisasi para pereka MiF.


Peminat fesyen tanahair yang ingin mengikuti pertunjukan fesyen Mara in Fashion 2021/21 boleh mendaftar di capaian https://mifrtw2021online.bpvirtual.com atau mengikuti di platform Instagram mara_in_fasihon untuk mengikuti maklumat terkini berkaitan MiF









Comments


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page