top of page

MEDIA PRIMA UMUM PENANGGUHAN ADS 2021 EKORAN SITUASI BANJIR KILAT DI BEBERAPA LOKASI DI KUALA LUMPUR

Atas faktor keselamatan, program Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) yang berlansung di World Trade Centre Kuala Lumpur semalam ditangguhkan ekoran insiden banjir kilat yang berlaku dibeberapa lokasi di ibu negara malam tadi. Pihak pengurusan Media Prima memohon maaf diatas penangguhan tersebut dan telah mengeluarkan kenyataan rasmi di semua saluran media dibawah pengurusannya.



Dengan penangguhan tersebut, terdapat lima kategori anugerah yang masih belum diumumkan. Penyampaian anugerah lima kategori lagi iaitu Anugerah Drama Popular, Anugerah Pesona Bintang, Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Drama Terbaik dan Anugerah Khas Barisan Pelakon Terbaik Drama akan diumumkan dalam program Melodi secara langsung pada hari Ahad jam 12 tengahari, 19 Disember 2021.


Sebelum penangguhan diumumkan, pelakon Lelaki Terbaik FFM-31, Zul Ariffin telah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik ADS 2021 menerusi siri drama Ryan Aralyn. Manakala kategori Pelakon Wanita Terbaik pula dimenangi oleh Janna Nick menerusi siri drama Misteri Mona. Sementara itu, pemenang ABPBH-34 dalam kategori Watak Antagonis Popular, LIza Abdullah turut mengulangi kejayaan apabila memenangi kategori Pelakon Antagonis Terbaik ADS 2021 menerusi drama adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku 2.



SENARAI PEMENANG ANUGERAH DRAMA SANGAT ADS 2021 MENGIKUT KATEGORI:


Penulis Skrip Terbaik - Janjira & PRGS Team, Budak Tebing

Pelakon Lelaki Terbaik - Zul Ariffin , Ryan Aralyn

Pelakon Wanita Terbaik - Janna Nick, Misteri Mona

Pelakon Antagonis Terbaik - Liza Abdullah, 7 Hari Mencintaiku 2

Pasangan Drama Terbaik - Shukri Yahaya & Siti Saleha, 7 Hari Mencintaiku 2

OST Terbaik - Mimpi , Haqiem Rusli , Badadari Salju

Drama Adaptasi Novel Terbaik - 7 Hari Mencintaiku 2 , Siti Rosmizah Semail (SR Publication)

Babak Tular Drama Terbaik - Kampung People 2 , KL Motion Pictures

Anugerah Khas Drama Mandarin Terbaik - Bonus Vacation , Sky Picture



Anugerah Drama Sangat 2021 turut diserikan dengan persembahan oleh barisan penyanyi popular tanah air seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Misha Omar, Stacy dan ramai lagi.


ADS 2021 dianjurkan secara hibrid tanpa penonton dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dihoskan oleh gabungan pelakon dan pengacara popular Nabila Huda bersama Ain Edruce dengan bertemakan #lagidramalagirasa

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page