MKAJ SALON & ACADEMY BUKA CAWANGAN FRANCAIS TERBARU DI PLATINUM WALK SETAPAK
Peralihan Program Pemulihan Negara (PPN) ke Fasa 4 yang diumumkan oleh kerajaan baru baru ini benar benar memberi nafas lega kepada semua pemain industri khasnya di yang berpusat di kawasan Lembah Kelang. Banyak perniagaan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan virus Covid-19 yang melanda Malaysia hampir dua tahun lalu.
Melihat akan peluang tersebut, MKAJ Salon & Academy sebuah ikon perniagaan perkhidmatan penggayaan dan dandanan rambut professional yang telah berada dalam industri selama 18 tahun, baru-baru ini telah merasmikan pembukaan francais cawangan terbaru mereka di Platinum Walk Setapak, Kuala Lumpur.
Menurut pengasas MKAJ Salon & Academy, Encik Sharizan Salleh, pembukaan francais perniagaannya itu bertepatan dengan masanya. Beliau yang pernah menerima banyak pengiktirafan tertinggi dalam karier profesionalnya sepanjang bergelar juru dandanan rambut profesional pernah terlibat dengan ramai artis Malaysia berprofil tinggi seperti Zizi Kirana, Zaizan Razak , Hefny Saad serta ramai lagi . Beliau juga pernah turut sama terlibat dalam beberapa acara berprestij di dalam negara dan antarabangsa.
MKAJ Salon & Academy bukan sahaja memfokus pada perkhidmatan menatarias serta dandanan rambut profesional malah membuka peluang kepada anak muda yang ingin menceburkan diri dalam industri ini. Mereka akan diajar pengetahuan asas penggayaan rambut serta dibimbing hingga menjadi seorang juru dandanan profesional serta selok belok bagaimana untuk menjalankan perniagaan ini secara efektif.
Bersempena dengan pembukaan francais cawangan terbarunya, MKAJ Salon & Academy di Platinum Walk Setapak menawarkan promosi pewarnaan rambut sehingga 29 Oktober ini. Selain dari itu , pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan penggayaan dan penjagaan rambut disamping konsultasi secara professional.
MKAJ Salon & Academy turut memperkenalkan 4 produk penjagaan rambut profesional terbaru mereka di bawah siri 'Signature ceLab' yang terdiri dari Signature ceLab Shampoo (Soothing), Signature ceLab Hair Conditioner (PH Balance), Signature ceLab Serum (Essence) dan Signature ceLab Hair Mist (Volume). Keempat-empat produk ini diformulasikan khusus untuk penjagaan rambut profesional untuk menjaga serta merawat kerosakan rambut. Siri Penjagaan Rambut 'Signature ceLab' kini boleh didapati secara atas talian di laman sesawang www.signaturecelab.com atau di platform Instagram, @signaturecelab serta di cawangan MKAJ Salon & Academy terpilih.
댓글