MOODBOARD TAWAR PILIHAN KASUT SEMPURNA UNTUK SETIAP ACARA
Sepasang kasut boleh melengkapkan atau merosakkan penampilan seseorang. Mencari kasut yang sesuai untuk melengkapkan penampilan anda tidak semestinya menjadi sesuatu urusan yang mahal dan membosankan.
Ditubuhkan dengan tujuan untuk menghimpunkan pelbagai jenama dan stail di bawah satu bumbung, Moodboard memiliki banyak pilihan kasut lelaki dan wanita daripada jenama seperti Amori, Everbest, Mi Mancci, Joy & Peace, Jaguar dan Santa Barbara Polo & Racquet Club (SBPRC). Untuk membawakan kegembiraan ke dunia kasut, Moodboard akan mengadakan kempennya, Moodboard Mega Sales yang akan berlangsung selama sehari pada 25 Oktober.
![](https://static.wixstatic.com/media/50a2d9_d1fc17a0167c47788780d675c0dadb47~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_519,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/50a2d9_d1fc17a0167c47788780d675c0dadb47~mv2.jpg)
Di kedai rasmi Moodboard di Shopee, diskaun hingga 70% akan ditawarkan untuk sandal, kasut tumit tinggi, sneakers, kasut formal dan banyak lagi. Terdapat juga baucar kedai seperti diskaun 50% tanpa perbelanjaan minimum (terhad pada RM15), diskaun RM5 dengan perbelanjaan minimum RM60, diskaun RM15 dengan perbelanjaan minimum RM110 dan diskaun RM40 dengan perbelanjaan minimum RM200 yang boleh digunakan oleh rakyat Malaysia sebelum membuat pembayaran untuk menikmati penjimatan lebih besar untuk kasut baru mereka.
Selain itu, mereka yang membeli kasut mereka dari mana-mana lima kedai fizikal Moodboard akan menikmati pulangan tunai sebanyak RM3 dengan perbelanjaan minimum RM15 apabila mereka membayar menggunakan dompet mudah alih Shopee, ShopeePay.
![](https://static.wixstatic.com/media/50a2d9_5fd35556e1fe4afca27176132da18b95~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_650,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/50a2d9_5fd35556e1fe4afca27176132da18b95~mv2.jpg)
Comentarios