MUHAMMAD SHAUQI DANIAL JUARA SULUNG THE AUDITION 2021
Dengan berakhir The Audition 2021, Mohamad Shauqi Danial berjaya memenangi hadiah bernilai RM50,000 termasuk kontrak latihan dan pembangunan sekaligus akan merakam single yang disusun oleh top-chart komposer lengkap bersama dengan video muzik. Manakala buat pelakon, pemenang akan mendapat peluang untuk bekerjasama dengan pengarah tersohor iaitu Michael Ang dalam drama terbaru beliau.
'Saya tak sangka menang kerana saya rasa persiapan hari ini 60 peratus saja. Alhamdulillah, rezeki saya dan sudah tentu saya sangat gembira dengan kemenangan ini.
Saya memilih lagu nyanyian asal, Hafiz Suip berjudul Ku Akui dan masa agak suntuk untuk saya menggubah semula lagu itu tetapi saya nekad mempersembahkan yang terbaik pada peringkat akhir ini.
Sebelum ini saya hanya pernah masuk pertandingan karaoke dan Battle of the Band.
Untuk perancangan selepas ini, saya akan ikut apa yang diaturkan AEG dan kemenangan ini diharap dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi penyanyi terkenal’. Kata Muhammad Shauqi Danial Ma’Amal Hajri
The Auditon anjuran Armani Entertainment Group (AEH) telah bermula sejak oktober lalu, ujibakat secara langsung telah diadakan di Kuala Lumpur diikuti Kuantan (Pahang), Johor Bahru, Kota Kinabalu (Sabah), Kuala Terengganu dan berakhir di Pulau Pinang.
Para peserta hanya melalui beberapa fasa uji bakat sahaja. Pertama, melalui muat naik video berdurasi lebih 1 minit di Instagram masing-masing berserta hashtag wajib. Fasa kedua, peserta akan dipanggil ke sesi uji bakat bersama para juri mengikut lokasi berdekatan anda.
Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua berkata, sepanjang tempoh ujibakat itu ternyata Malaysia mempunyai ramai bakat baru dan mereka bersemangat tinggi untuk menceburi industri hiburan negara.
“Mereka semua bercita-cita tinggi, ada misi dan visi untuk menjadi anak seni yang dikagumi ramai. “Bagaimanapun mereka masih memerlukan panduan dan bimbingan untuk mengorak langkah yang lebih jauh dalam dunia seni. Untuk menempatkan diri dalam industri tidaklah terlalu sukar namun cabaran yang mereka perlu hadapi adalah persaingan dan menempatkan diri dalam industri untuk jangka masa lama. Kata Datuk KK Chua.
Beliau menambah lagi,
“Mereka perlu bersedia untuk menghadapi segala rintangan dan tekanan. Oleh itu, AEG bukan saja menyediakan platform untuk mereka mengejar cita-cita menjadi penyanyi atau pelakon yang berjaya tetapi juga akan membimbing mereka untuk berhadapan dengan cabaran sebenar,” katanya kepada media.
“Mereka mesti sentiasa positif, sanggup bekerja keras dan mempunyai disiplin yang tinggi. “Mereka mesti ‘memandang’ bidang seni adalah satu kerjaya bukan untuk suka-suka. “AEG akan menjadi platform untuk merealisasikan impian mereka menjadi anak seni yang berjaya asalkan mereka sanggup berusaha,” Ujar beliau lagi.
Pemilihan juara adalah 100% ditanggan juri professional.
Penerbit dan Pengarah terkenal, Michael Ang berkata,
‘Saya terkejut apabila ada peserta daripada awal ujibakat sehingga ke final menunjukkan peningkatan ketara. Ini kerana mereka mendengar pendapat kami selaku juri ketika mereka beraksi pada ujibakat’
‘Ramai yang menyanyikan lagu Anuar Zain tetapi mereka mengalunkannya mengikut lenggok mereka sendiri.
Persembahan nyanyian dan lakonan mereka sangat bagus. Ada dua peserta yang saya lihat kualiti persembahan mereka banyak ‘improvement’ sehingga mereka layak terpilih untuk peringkat akhir The Audition 2021 dan tidak mustahil jika mereka terus berusaha dan bekerja keras, mereka bakal mencabar pelakon yang ada sekarang’.
Michael Ang turut menambah lagi,
‘Industri memang perlukan ramai bakat baru dalam bidang lakonan tetapi di Malaysia, orang suka yang tengok pelakon yang ‘elok-elok’ walaupun tidak berbakat. Hendak cari pakej lengkap yang cantik dan tampan serta berbakat, memang susah. Penonton ‘tengok’ ikut mata bukan ikut otak.’
‘Kalau ada rupa tetapi tak berbakat, hantarlah ke kelas lakonan Fauziah Nawi atau Ogy Ahmad Daud pun, mereka tak akan mengajar. Mereka yang cantik ini, ‘self- concious’. Apabila berlakon mahu nampak cantik saja’. Ujar beliau.
Seramai lebih 20 peserta yang berjaya ke peringkat akhir dan tempat Kedua dimiliki oleh Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri dan tempat ketiga Wann Nashrinie bin Zafri. The Audition 2021 dijurikan oleh juri tetap Michael Ang dan Datuk KK Chua. Selebriti-selebriti lain turut terlibat menjadi juri seperti Nabila Razali, Amira Othman dan ramai lagi.
AEG menjadi sebuah platform untuk mereka mengembangkan bakat terutama pembangunan dan sahsiah diri untuk berhadapan cabaran termasuk kemahiran berkomunikasi dan berhadapan dengan media.
Berikutan sambutan yang memberangsangkan daripada seluruh negara, kami akan terus mengadakan pertandingan ini setiap tahun. MYBUZZ!
Comments