NIKMATI KEINDAHAN MALAM KUALA LUMPUR DENGAN KL HOP-ON HOP-OFF 'KL CITY OF LIGHTS'
Bandaraya Kuala Lumpur adalah antara kota metropolitan yang mempunyai aneka warna budaya yang menjadikan Kuala Lumpur pilihan pelancong dalam dan luar negara untuk bercuti. Kuala Lumpur sendiri mempunyai lebih banyak tempat menarik yang harus dikunjungi. Namun pemain industri pelancongan negara terkesan hebat ekoran penularan pandemik Covid 19 yang melanda dunia sejak awal tahun 2020
Jesteru selepas status PKP yang dikuatkuasakan diangkat semula, ia seakan memberi ruang kepada pemain industri untuk menarik nafas lega. Tidak ketinggalan memulakan langkah ialah KL Hop On Hop Off (KL HOHO) yang baru-baru ini telah memperkenalkan satu perkhidmatan baharu yang menambah kepelbagaian kepada aktiviti pelancongan di Kuala Lumpur sekaligus membantu untuk merancakkan semula aktiviti pelancongan negara. Perkhidmatan yang dikenali sebagai KL City of Lights yang yang berkonsepkan persiaran waktu malam di Kuala Lumpur (Sightseeing - Kuala Lumpur at Night).
KL City of Lights menawarkan perjalanan sehala melihat keindahan malam bandaraya Kuala Lumpur. Konsep ini memberi peluang kepada penumpang untuk menikmati keindahan cahaya neon di beberapa kawasan tarikan pelancongan di antaranya Saloma Link, Merdeka Square dan River of Life. Memulakan perjalan dari Bukit Bintang, KL City of Lights akan melalui 12 kawasan tarikan pelancongan di bandaraya Kuala Lumpur.
Menurut Pengarah Urusan KL HOHO, Syed Azhar Syed Nadzir, KL HOHO yakin bahawa pencinta keindahan bandaraya di waktu malam akan tetap menikmati indahnya suasana Kuala Lumpur yang disimbahi lampu-lampu neon yang bertaburan.
"Percayalah, anda akan terleka memandang dengan pemandangan tersebut. Sungguh cantik sekali! Jika di pantai, melihat ombak akan memberikan ketenangan. Di Kuala Lumpur, ketenangan yang dicari adalah melihat keindahan cahaya lampu, pastikan dengan menaiki KL City of Lights, bas dua tingkat yang berbumbung terbuka KL Hop On Hop Off," jelas Pengarah Urusan KL HOHO, Syed Azhar Syed Nadzir yang turut bersama wakil media menyertai sesi 'fam trip' KL City of Lights baru baru ini.
Syed Azhar menambah, idea untuk fokus kepada konsep KL City of Lights ini tercetus setelah pihak mereka mendapati tempat-tempat tarikan pelancongan di laluan KL HOHO mempunyai keindahan yang sangat cantik di waktu malam. Tambahan, banyak usaha telah dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menaiktaraf keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam di sepanjang laluan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Ampang, sesuai dengan jolokan Kuala Lumpur sebagai taman bercahaya.
Pilihan terbaik bagi menangani perkara ini adalah menjelajah Kuala Lumpur pada waktu malam adalah menggunakan perkhidmatan KL Hop-On Hop-Off yang mempunyai bahagian bumbung terbuka, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung mengambil gambar pemandangan daripada sudut 360 darjah, selain swafoto sepuas hati! Cuaca dingin waktu malam memberi peluang kepada penumpang untuk terus berada di ruangan terbuka bas.
"Kami dapati bahawa tidak ramai warga tempatan mengambil peluang untuk bersiar-siar atau menjelajah Kuala Lumpur pada waktu siang akibat kekangan kerja atau cuaca panas serta kesibukan jalanraya di Kuala Lumpur pada waktu siang." tambah Syed Azhar.
Di samping itu, KL Hop On Hop Off juga masih mengekalkan produk-produk yang lain tetapi telah diubah konsep ianya beroperasi. Bagi operasi harian, KL Hop On Hop Off menawarkan perkhidmatan berkonsepkan bersiar-siar selama 2 jam dengan menaiki bas KL Hop On Hop Off melalui kedua-dua laluan City dan Garden, manakala bagi operasi hujung minggu adalah berkonsepkan Hop On Hop Off.
KL HOHO mengenakan bayaran sebanyak RM25 bagi dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak untuk perjalanan pada waktu siang, manakala RM30 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak untuk pakej KL City of Light pada waktu malam. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://www.myhoponhopoff.com atau emel kepada enquiry@myhoponhopoff.com
Commentaires