NORANIZA IDRIS ANJUR FESTIVAL PROMOSIKAN SENI BUDAYA MELAYU KE PERINGKAT GLOBAL
Festival Perkampungan Budaya Melayu 'Malay World Cultural Paradise' berhasrat untuk menjadi sebuah produk tarikan pelancongan nombor satu pilihan No. 1 Malaysia khasnya komuniti setempat seterusnya menjadi platform promosi aktiviti seni dan kebudayaan Melayu ke peringkat global. Justeru itu, menjadi produk pelancongan Malaysia yang akan mempamerkan seni dan budaya setempat kepada pelancong menerusi media sosial secara menyeluruh.
Program anjuran Sekretariat Malay World Cultural Paradise merupakan gabungan Persatuan Tatihseni Malaysia, Noraniza dris Production Ventures Sdn Bhd, Kerabu Media & Event Sdn Bhd dan C2Joy (M) San Bhd., diadakan bagi membuka ruang kepada masyarakat untuk menghayati keunikan seni dan budaya Melayu khasnya menerusi tarian, nyanyian, pakaian, bahasa, makanan warisan, permainan rakyat di samping meningkatkan ekonomi di kalangan usahawan tempatan. Program ini adalah kesinambungan kempen #saveiramamalaysia yang diasaskan oleh Noraniza Idris.
Menurut pengasas program modal insan 'Malay World Cultural Paradise' dan ratu etnik Malaysia, Noraniza Idris, perancangan 2022 akan menjadi satu titik tolak dalam usaha membangunkan seni dan budaya untuk lebih dekat dengan masyarakat generasi pelapis secara agresif walaupun masih menghadapi kekangan ekoran pendamik dan penajaan yang kurang memberangsangkan.
Program 'Malay World Cultural Paradise' dijadual diadakan selama 3 hari di setiap destinasi pilihan yang mana telahpun bermula di AEON Mall Shah Alam Selangor pada 10 Disember hingga hari ini, 12 Disember 2021, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Sepanjang 3 hari di AEON Mall Shah Alam, program tersebut telah membawakan pertandingan Tarian Zapin secara spontan berkumpulan iaitu Tingkah Geruh peringkat zon untuk mencari 16 peserta terbaik yang bakal mara ke peringkat kebangsaan sebagai acara utama. Sebanyak 14 kumpulan akan berentap untuk mengumpul agregade pencapaian tertinggi. Acara tersebut akan menjadi aktiviti utama seiring dengan majlis pra-pelancaran festival tersebut yang berlangsung pada petang tadi.
Program ini seterusnya akan menjelajah ke 7 destinasi negeri pilihan iaitu Johor, Kelantan, Neger Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur bermula awal Januari shingga berakhir Jun 2022. Matlamat sir jelajah Malaysia ini adalah bertepatan dengan misi untuk mengangkat nilai seni dan kemahiran peringkat global ke arah menjana pendapatan negara dan juga profesion pilihan.
Selain pertandingan Tarian Zapin,, program 'Malay World Cultural Paradise' turut diisi dengan 12 acara sampingan seperti Pertandingan nyanyian "Irama Malaysia Academy Awards”, Pertandingan Kompang Berirama "'Rhythm of Unity”, Pertandingan MUA Awards kategori cilik dan dewasa, Pertandingan Peragaan Busana kategori dewasa, Pertandingan Permainan Rakyat Congkak, Dam Ular, Batu Seremban dan Bowling Kampung. Pertandingan Treasure Hunt turut diadakan bagi menyemarakkan aktiviti peserta bersama usahawan. Program ini dijangka melibatkan seramai 500 orang peserta bagi mematuhi syarat penyertaan.
Comments